January 10th, 2018

Baru-baru ini, kisah luahan sedih pelawak Achey dan isterinya, Nor Hasanah yang masih belum dikurniakan cahaya mata menyentuh hati ramai netizen. Mereka semua mendoakan agar Achey dan isteri satu hari nanti dikurniakan zuriat mereka sendiri.

Achey menerusi portal mStar Online berkata,  mereka sudah menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur dan doktor memberitahu mereka berdua tidak mempunyai masalah kesuburan. Cuma, doktor ada berkata kemungkinan isterinya sukar untuk hamil disebabkan tekanan.

Mereka mahu berusaha tanpa putus asa untuk mendapatkan zuriat secara normal dan belum merancangan untuk melakukan rawatan IVF buat masa ini.

Seboleh-bolehnya saya dan isteri mahu menjalani proses mendapat zuriat itu secara normal. Seperti pasangan suami isteri yang lain juga. Ada juga menerima beberapa tawaran tajaan untuk melakukan proses IVF tapi kami berdua belum cukup bersedia untuk buat sekarang.

Sebab nak melalui proses itu belum masa rehat yang panjang. Kami berdua tidak boleh dalam keadaan tertekan. Buat masa ini saya ada tanggungjawab kerja lagi. Insya-Allah akan fikirkan kemudian. Tapi saya tidaklah menolak cuma buat masa ini masih berfikir lagi masa tidak sesuai.

InshaAllah, satu hari nanti berkat usaha serta doa Achey dan isteri, pasti mereka akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Kami mendoakan agar hasrat mereka itu akan dimakbulkan.

Sumber Berita : mStar Online


13 responses to “Saya Dan Isteri Mahu Dapat Zuriat Secara Normal, Belum Fikir Rawatan IVF – Achey”

  1. Anonymous says:

    Doakan sy juga.
    Kalau mampu better bagi tajaan kepada org yang benar2 memerlukan. Saya rasa achey lebih dari mampu untuk menanggung kos rawatan ivf tersebut.

  2. Tudung saji says:

    Tengok muka achey yg gambar pertama tu tersegih2 aku. Mana taknye dulu aku manusia kerasukan dgn majalah Ujang. Taon 1994 dan seterusnye…dlm kelas seluruh badan aku kena parkinson..tahan oo..tahan. Baca dlm kelas. Badan je terhinggut2 tahan ketawa. Kelakar tahap gaban!! Seantero malaya sebok pinjam meminjam Ujang…beli tak mohh tak mampu..hahaha…maka arakian adanya, teringat persamaan rupa paras Saripuddin lukisan Bawang dgn wajah achey…hehe…jgn mare ekk..

  3. Lembu polkadot says:

    Semoga achey dan isteri dikurniakan rezeki zuriat. Walaupun penantian akk xlama. Tp sebelum tu, kalau ada orang tanya pasal anak, menusuk kalbu la jugak

  4. Anonymous says:

    Aku tunggu kehadiran dia selama 10 tahun . Kami suami isteri never give up …. Selama sembilan tahun entah berapa byk air mata menitis ….tapi syukur byk byk Alhamdulilah .

  5. JUS MANGGA says:

    Sekali tengok muka Achey ada iras watak kartun 90an Usop Santorian

Loading...