Saya Dan Fattah Sedia Timang Cahaya Mata, Kalau Ada Rezeki Saya Akan Umumkan – Fazura

Hiburan

Saya Dan Fattah Sedia Timang Cahaya Mata, Kalau Ada Rezeki Saya Akan Umumkan – Fazura

Khabar angin tentang kehamilan pelakon Nur Fazura seakan tidak pernah henti diperkatakan, gara-gara sebuah video yang dikongsi menampakkan perutnya sedikit buncit ketika bercuti Pulau Maldives, ramai yang sangka ia adalah ‘baby bump’.

Advertisement

Bagaimanapun, Fazura menafikan dakwaan beliau kini sedang berbadan dua. Namun, beliau dan suami, Fattah Amin sudah bersedia untuk menimang cahaya mata.

Saya berasa amat bersyukur kerana ramai yang sayang dan prihatin dengan keadaan saya. Sebenarnya, ketika menonton video tersebut saya sendiri sudah perasaan bahagian perut kelihatan agak kembung dan mungkin ramai yang akan keluarkan spekulasi bahawa saya sudah mengandung.

Ceritanya, ketika dalam pesawat menuju ke destinasi percutian di Maldives, saya dan Fattah seharian tidak makan. Jadi, sebaik tiba di destinasi percutian, kami makan dengan kuantiti yang banyak.

Saya dan Fattah sememangnya merancang untuk berkeluarga. Kami sedar walaupun selepas berkahwin jadual kerja memang akan sentiasa padat. Insya-Allah, tentang anak, kalau sudah bersedia dan ada rezeki kami sendiri akan umumkan kepada orang ramai.

Berkat doa peminat dan rezeki daripada Allah SWT, inshaAllah satu hari nanti Fazura dan Fattah akan dikurniakan cahaya mata.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...