Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Dan Eina Azman Hanya Kawan Baik – Afiq Muiz

Kesian pun ada juga kepada si Afiq Muiz ini. Baru nak popular, sudah timbul macam-macam cerita. Kononnya Afiq besar kepala, degil dan hanya mengikut telunjuk “kekasih hatinya“, Eina Azman.

eina azman

Abang Nara pasti ramai yang tak kisah kalau si Afiq nie nak besar kepala atau degil. Yang dikisahkan ialah sama ada benar atau tidak Eina itu kekasih Afiq. Anda boleh menarik nafas lega kerana Afiq Muiz menerusi Kosmo hari ini menyatakan yang dirinya dan Eina cuma kawan baik sahaja. Kata Afiq:-

Advertisement

Saya tiada kekasih! Sejujurnya, saya tidak tahu kenapa saya digosipkan dengan Eina kerana kami cuma berkawan baik. Saya mengenalinya sudah tiga tahun dan saya tidak faham kenapa Eina sering dibabitkan apabila timbul masalah berkaitan saya. Dia tidak pernah masuk campur hal saya, begitu juga sebaliknya. Kami tidak pernah mengumumkan kami sedang bercinta dan tiada perancangan untuk meneruskan ke peringkat selanjutnya. Hubungan kami hanya sebagai kawan.

eina azman

Mestilah orang kaitkan kalau asyik-asyik ada gambar bersama Eina je. Gambar pun rapat semacam je. Kawan baik kawan baik jugak. Kalau awek cun macam Eina Azman nie mestilah confirm kena gosip bercinta. Diharap dengan penjelasan ini, semua lelaki di luar sana tidak melepaskan peluang ini untuk mengorat Eina. Jangan menyesal kalau terlewat!!!

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top