Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Dan Dia Tetap Sahabat..” Gagal Tahan Air Mata, Azwan Ali Terkenangkan Persahabatan Dengan Ziana Zain

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA dilihat gagal menahan sebak ketika menceritakan kembali mengenai persahabatan yang dijalin bersama penyanyi terkenal, Ziana Zain.

Bersiaran melalui program Lagu Cinta Kita pada malam tadi di TV3, Azwan yang menjadi pengacara bergandingan bersama Elly Mazlein gagal menahan air mata apabila ditanyakan rakan hosnya mengenai hal tersebut.

Advertisement

Dia yang pada mulanya dilihat sebak mengakui sudah mengenali Ziana Zain sejak sekian lama.

“Ziana..saya kenal lama. Betul Ziana cakap tu, jangan judge kita. Jadi saya hormat Ziana sebagai kawan begitu lama. Saya minta maaf pada Pak Zain, Cik Robiah (Ibu bapa Ziana)..Lama saya tak jumpa..”

Manakala penyanyi lagu Putus Terpaksa itu turut hadir sebagai tetamu undangan dalam program berkenaan. Mengulas mengenai kisahnya bersama Diva AA, Ziana mengakui bahawa orang di luar sana tidak kenal siapa Azwan Ali sebenarnya.

Advertisement

“Orang kalau tak kenal Diknon (panggilan manja Azwan), mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dengan Diknon macam-macam tapi hubungan saya dengan dia, sahabat. Walaupun bertahun saya tak jumpa dia, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza. Kena faham itu.”

Mengimbas kembali, Azwan Ali ketika awal kemunculan di medan seni pernah dikatakan ada menyimpan perasaan terhadap penyanyi lagenda itu. Namun, tiada siapa yang tahu kisah sebenar mengenai perihal dua figura terkenal ini.

Sumber : TV3 Malaysia Official Youtube

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top