Saya Dan Almy Nadia Sering Keluar Bersama – Fizz Fairuz

Hiburan

Saya Dan Almy Nadia Sering Keluar Bersama – Fizz Fairuz

Apakah? Apakah Almy Nadia tidak mengambil pengajaran daripada apa yang telah terjadi terhadap dirinya sebelum ini? Mengapakah sanggup keluar lagi dengan Fizz Fairuz? Jangan cuba menyemarakkan kembali perasaan yang telah terpadam itu. Nanti kelak takut membakar diri sendiri.

fizz dan almy nadia

Advertisement

Kalau ikut pandangan Abang Nara, Almy tak sepatutnya berkawan langsung dengan Fizz Fairuz setelah apa yang terjadi. Namun menurut Fizz Fairuz, mereka kini masih berkawan dan sering keluar bersama. Kata Fizz kepada Mstar Online:-

Saya dan Almy masih lagi kawan dan kami sering keluar bersama. Tetapi kami beri ruang sedikit untuk masing-masing memulihkan keadaan gara-gara kesilapan saya dahulu. Lagipun saya tidak mahu terburu-buru, takut Almy kecewa lagi. Saya perlu menjaga hati dia dan keluarganya.

fizz dan almy nadiaSepatutnya bukan Fizz Fairuz yang jaga hati Almy tetapi Almy sendiri harus mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menjalinkan hubungan kembali dengan Fizz. Bukannya Abang Nara cemburu atau tidak suka melihat mereka berdua, tetapi episod duka yang terjadi dulu sudah cukup untuk dijadikan pengajaran buat Almy. Tak gitu?

P.S: Suspek kedua pembuli diketahui

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...