Apakah? Apakah Almy Nadia tidak mengambil pengajaran daripada apa yang telah terjadi terhadap dirinya sebelum ini? Mengapakah sanggup keluar lagi dengan Fizz Fairuz? Jangan cuba menyemarakkan kembali perasaan yang telah terpadam itu. Nanti kelak takut membakar diri sendiri.
Kalau ikut pandangan Abang Nara, Almy tak sepatutnya berkawan langsung dengan Fizz Fairuz setelah apa yang terjadi. Namun menurut Fizz Fairuz, mereka kini masih berkawan dan sering keluar bersama. Kata Fizz kepada Mstar Online:-
Saya dan Almy masih lagi kawan dan kami sering keluar bersama. Tetapi kami beri ruang sedikit untuk masing-masing memulihkan keadaan gara-gara kesilapan saya dahulu. Lagipun saya tidak mahu terburu-buru, takut Almy kecewa lagi. Saya perlu menjaga hati dia dan keluarganya.
Sepatutnya bukan Fizz Fairuz yang jaga hati Almy tetapi Almy sendiri harus mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menjalinkan hubungan kembali dengan Fizz. Bukannya Abang Nara cemburu atau tidak suka melihat mereka berdua, tetapi episod duka yang terjadi dulu sudah cukup untuk dijadikan pengajaran buat Almy. Tak gitu?