Saya Dan Afiq Sekadar Rakan Biasa, Saya Sedang Bercinta Dengan Orang Lain – Miera Leyana

Hiburan

Saya Dan Afiq Sekadar Rakan Biasa, Saya Sedang Bercinta Dengan Orang Lain – Miera Leyana

Semalam pelakon Afiq Muiz mendedahkan beliau sebenarnya sedang bercinta dengan Miera Leyana dan hubungan mereka sudah terjalin selama lapan bulan semenjak bertemu di set penggambaran drama bersiri Memori Cinta Suraya.

Advertisement

Afiq tampil memberitahu perkara tersebut kepada umum kerana tidak mahu dianggap sebagai penipu dan merahsiakan hubungan mereka.

Walaubagaimanapun, Miera menerusi portal Utusan Online hari ini menafikan sekerasnya perkara tersebut dan menjelaskan beliau kini sedang bercinta dengan orang lain. Malah, Miera sendiri terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Afiq kerana hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja.

Saya terkejut bila Afiq sanggup buat kenyataan begitu. Tidak ma­suk akal jika kami bercinta sedangkan hubungan kami tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja.

Kami mula rapat sebagai rakan sewaktu di set penggambaran drama Memori Cinta Suraya. Tambahan pula, bila timbul isu ini, saya rasa kurang selesa .

Buat masa ini Miera enggan lagi terpalit dengan kontroveris mahupun gosip murahan dan meminta agar semua memberikan beliau peluang untuk berubah.

Saya belajar daripada kesilapan lalu. Kalau boleh saya tak mahu mengulangi kesalahan yang sama. Saya harap semua pihak memberi ruang dan peluang untuk saya memperbaiki kelemahan.

Ouch, pedih betul kenyataan Miera Leyana kalau Afiq Muiz baca. Dah macam kes Syafiq Kyle dan Uqasha Senrose pula. Erm, betul ke tiada apa-apa hubungan? Sedangkan Afiq mengakui mereka bercinta kepada umum lagi.

.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...