Sekeping gambar memang boleh menimbulkan pelbagai persoalan. Agaknya itu yang bermain di kepala peminat Hafiz dan Adira apabila melihat sekeping gambar mereka berdua yang tampak mesra. Dengan tangan Hafiz di bahu Adira, ramai yang ternyata adakah hubungan cinta mereka telah mekar semula selepas tewas di tengah jalan beberapa tahun yang lalu.
Kalau Abang Nara posing sebegini dengan awek-awek pun pasti akan menimbulkan perang dunia ketiga dengan isteri tercinta. Hehehe. Namun menurut Hafiz, hubungannya dengan Adira tidak lebih daripada rakan sekerja. Kata Hafiz kepada Mstar Online:-
Itu gambar biasa sahaja. Kami tiada apa-apa hubungan pun, hanya sekadar rakan sekerja. Harap mana-mana pihak tidak salah anggap berdasarkan foto yang dimuat naik itu.
Memanglah dahulu saya dan dia (Adira) bercinta. Tapi itu tiga tahun lepas dan sekarang ini kami hanya kawan. Rasanya tak manis jika kami dikaitkan lagi. Nanti apa pula kata pasangannya yang mungkin terluka dengan gosip sebegini,
Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak yang terbabit akan puas hati. Iyerlah, mana tahu Hafiz dah ada awek baru. Kang tak pasal-pasal bergaduh pulak. Adira pun sekarang tengah rapat dengan seseorang. Kang merajuk pulak seseorang itu. Sekarang semua boleh menarik nafas lega dan meneruskan percintaan/persahabatan dengan orang lain seperti biasa. Tak gitu?