Pelakon, Bella Astillah mengatakan bahawa dia sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri terutama dalam kualiti nyanyian seperti mana yang dikecam oleh orang ramai.
Menurut HibGlam, Bella berkata dia tidak pernah megambil hati dengan segala kritikan tersebut kerana merasakan semua pihak mempunyai pendapat yang tersendiri.
Saya faham sahaja situasi itu dan tak boleh nak marah kerana masing-masing mempunyai pendapat sendiri.
Jadi selepas ini saya akan kongsi semua, ada pergi kelas vokal Cikgu Shafi. Buat masa ini saya terima sahaja semua dengan berlapang dada.
Pelakon itu turut berkata segala kecaman yang diterimanya dilihat dari sudut yang positif selain berazam untuk mengatasi segala kelemahannya.
Saya berterima kasih kerana ramai ambil berat mengenai saya supaya tidak dikecam dengan lebih teruk.
Pelakon itu menzahirkan rasa terharu kerana masih ada pihak yang memuji usahanya untuk melakukan pelbagai kerja untuk menyara keluarga tercinta.