Baru-baru ini, tular di platform media sosial seorang individu meluahkan rasa kurang senang dengan cara pendakwah bebas dikenali ramai iaitu Ustaz Don menyampaikan dakwah kepada orang ramai.
Dakwanya, kebanyakkan yang disampaikan oleh Ustaz Don adalah hadis yang tidak sahih dan ramai yang sudah tertipu.
Ustaz Don bersuara
Lama mendiamkan diri, akhirnya pendakwah itu bersuara dan menyatakan dirinya sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk menyeleweng atau menipu rakyat Malaysia.
View this post on Instagram
Ada orang kata hadis tak sahih terpulanglah. Dia punya buku kata tak sahih, buku-buku kita semua ulama kata sahih.
Tak terfikir nak menipu
Dalam pada itu, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid turut berkata dia sudah berada dalam arena berdakwah selama 14 tahun, jadi tiada sebab untuk dia menipu dalam memberi dakwah serta meminta orang ramai untuk tidak takut.
Sepertimana saya nak anak saya jumpa dengan guru yang betul, saya juga akan berusaha jadi guru yang betul untuk anak-anak tuan puan.