Baru-baru ini, Ashraf Muslim telah kembali ke dunia lakonan menerusi drama Mr Boss Miss Stalker gandingan bersama Mia Ahmad.
Namun, kali ini Ashraf tampil dengan watak yang berbeza daripada sebelumnya dan ia sebenarnya sudah menarik perhatian ramai yang memberikan komen positif tentang lakonan beliau.
Dalam drama tersebut Ashraf membawakan watak sebagai Hariz Zhafran seorang “boss†yang agak berlagak dan mempunyai ego tersendiri.
Saya sedar mengenai perkara itu (kembali menjadi perhatian penonton), tetapi jujurnya kehadiran saya dalam drama berkenaan bukanlah kerana mahu mengejar populariti. Saya langsung tidak terfikir mengenai hal terbabit.
Pembabitan saya dalam drama berkenaan juga adalah atas permintaan stesen TV3, selain pengarahnya, Haikal Hanafiah, yang inginkan saya berlakon dalam karyanya.
Meskipun mendapat sambutan yang baik daripada penonton, Ashraf bagaimanapun memberitahu beliau tidak pernah berniat untuk bersaing dengan mana-mana pelakon muda lain. Ashraf sedar bahawa zaman kegemilangan beliau sudah berakhir.
Zaman kegemilangan saya sudah pun berlalu. Saya sendiri pun sudah tua. Jadi, saya tidak menyaingi mana-mana pihak. Cuma, saya lihat mungkin platform yang saya dapat ini tepat pada masanya.
Kalau tak sebelum ini, Ashaf hanya dikenali dengan watak ustaz ataupun orang alkim. Kali ini berbeza sedikit dan mungkin ia menonjolkan lagi bakatnya dalam lakonan.
Kami ada dengar juga komen mengenai lakonan Ashraf dalam Mr Boss dan Miss Stalker, tetapi masih belum berkesempatan untuk menonton drama berkenaan. Â Apa pula pendapat anda yang dah tonton?