“Saya Dah Tua, Tak Nak Kontroversi Dah..” Aliff Syukri Jawab Kontroversi Bidaan Harta Sajat Libatkan Pembantu Peribadi

Hiburan

“Saya Dah Tua, Tak Nak Kontroversi Dah..” Aliff Syukri Jawab Kontroversi Bidaan Harta Sajat Libatkan Pembantu Peribadi

Akui terkejut dengan tuduhan menghantar pembantu peribadi sendiri bagi membida aset Sajat semalam, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

PA Aliff Syukri
1 bulan lalu

Pembida Harta Sajat Larikan Diri, Rupa-Rupanya PA Datuk Aliff Syukri?

Advertisement

Malah, Aliff juga tidak kisah jika netizen terus membuat spekulasi sendiri kerana perkara itu tidak mempunyai bukti yang sahih.

Dia yang dihubungi mStar berkata bahawa dia tidak mahu lagi terpalit dengan sebarang kontroversi membabitkan Sajjad kerana ia boleh menyentuh sensitiviti banyak pihak.

Advertisement

Hal ini sensitif, saya tak nak terlibat. Saya pun dah tua, saya tak nak kontroversi dah, saya pun dah nak mati dah ni.

Saya no komenlah! Ya, saya sebagai kawan dia tapi saya tak nak masuk campur apa-apa kontroversi, saya nak bertenang.

Terdahulu, seorang lelaki dikenali sebagai Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol dilaporkan telah menghilangkan diri selepas memberi alasan keluar untuk membuat bank draf sebaik sahaja sesi bidaan harta Sajjad itu tamat.

PA Aliff Syukri

Lelaki itu difahamkan telah membuat bidaan tertinggi iaitu bernilai sebanyak RM132,000 dan gagal dihubungi sehingga ke hari ini.

Hasil carian netizen di media sosial, lelaki itu dilihat mempunyai kaitan dengan Aliff Syukri berdasarkan foto dan info pekerjaannya yang ditulis di Facebook.

Antara barangan yang dilelong adalah seperti set pinggan mangkuk, set bilik tidur, piano, sofa, jam berdiri, kipas angin, peti sejuk, televisyen dan pelbagai lagi barangan rumah milik Sajjad.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    December 15, 2021 at 1:45 pm

    mesti PA menyumpah.
    tak pasal2 dia kne tanggung
    walhal dia pegi membida sbb boss dia suruh
    xkan dia pndai2 nk bid smpai 132k

  2. Anonymous

    December 15, 2021 at 12:49 pm

    alamakkk die twisss plak adoi.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...