Tidak mahu ada apa-apa kaitan, pelakon Puteri Sarah Liyana bimbang sekiranya nasihat atau kata-kata darinya akan menjurus pada perceraian mana-mana pihak. Katanya, lebih baik untuknya jika tidak memberi sebarang komen berlebihan.
Trauma dengan perceraian
Menurut aktres ini, memandangkan Bella Astillah merupakan sahabatnya, aktres itu ada meminta pandangan dalam isu rumah tangganya baru-baru ini namun Sarah hanya mampu memberi doa tanpa melibatkan diri dalam keputusan yang dibuat rakannya itu.
Saya sudah trauma, jadi saya tak mahu dikaitkan. Saya beritahu Bella, saya hanya doakan yang terbaik buatnya dan apa keputusan yang diambil, itu terpulang kepadanya.
Saya tak mahu dikaitkan lagi dengan semua benda ini. Jadi, saya cakap apa-apa keputusan adalah atas diri sendiri, tapi kalau perlukan kawan, saya ada untuknya.
Sebab itu saya tak mahu komen terlalu banyak sebab sebelum ini, saya pernah dikaitkan meskipun saya tidak membantu apa-apa pun.
View this post on Instagram
Sekadar menyokong rakan
Namun begitu, Sarah berkata dia masih akan menyokong Bella dalam apa juga keadaan. Tambahan pula, dia tidak menafikan apa yang terjadi pada sahabatnya itu sedikit sebanyak memberi kesan padanya.
Jadi, saya tak mahu ia jadi sekali lagi. Tapi Bella memang kawan saya, saya akan sokong kalau ada benda tak baik berlaku kepadanya.
Sebagai kawan baik, saya memang terkesan. Saya bukan mahu berlebih-lebih, tapi saya dan Bella rapat.
Jadi, saya kongsi puisi dengan Bella sebagai kata-kata semangat.
View this post on Instagram
Sekadar info, Puteri Sarah Liyana sempat mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 sebelum berpisah pada 14 Jun tahun lepas. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata.