“Saya Dah Terima Apa Yang Terjadi..” – Misya Mazlan Tidak Terfikir Untuk Bercerai, Reda Hidup Bermadu

Hiburan

“Saya Dah Terima Apa Yang Terjadi..” – Misya Mazlan Tidak Terfikir Untuk Bercerai, Reda Hidup Bermadu

Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania kembali menjadi bualan netizen apabila ibunya telah mengesahkan perkahwinannya bersama Aslam di Thailand. Madu kepadanya, Umisya Mazlan pula mengakui dirinya kini telah reda dan cuba berdamai dengan takdir.

Masih bersama dengan suami

Menurut Misya, dia masih setia bersama Aslam meskipun sudah mempunyai madu. Dia juga mendedahkan tiada penceraian yang bakal berlaku antara mereka berdua. Tambah Misya, dia sudah mula berdamai dan menerima hakikat suaminya bernikah dengan Marissa.

Advertisement

Saya pernah keluarkan di Instagram story dan media sosial yang kita kena berdamai dengan takdir dan dah jadi. Sekarang ni saya dah berdamai dengan takdir dan jauh sekali dalam proses penceraian.

 

Tapi saya dah terima apa yang terjadi. Macam biasalah, dalam setiap rumah tangga mesti ada dia punyai naik turun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misya (@umisyamazlan)

Rela dengan ujian berpoligami

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini menyifatkan segala yang terjadi pada dirinya ini sebagai satu ujian rumah tangga. Dirinya reda dengan apa yang ada dan meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan mereka bertiga sebagai keluarga.

Nak pula bila berpoligami, lagi macam-macam. Jadi apa yang saya buat sekarang adalah saya terima, reda dengan ujian yang datang.

 

Jadi tiada lagi penceraian setakat ini, doakan yang baik-baik untuk saya sebab ini semua ujian untuk kami bertiga.

@wawaofficialhqhub  #virtualhugformisya #wawascarves #umisyamazlan #umisyamazlandutawawascarves #wawacosmeticshq #wawacosmetics ♬ original sound – @Becrushcosmetics.co

Terdahulu, Abby Abadi telah mengiyakan pernikahan Marissa dan Aslam di Thailand. Dia juga telah mendedahkan kronologi pada hari kejadian dan bagaimana dirinya mendapat tahu bahawa Marissa sudah berada di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

abby
1 month ago

"Kalau Dia Pilih Hidup Bermadu, Silakan.." - Abby Abadi Dedah Kronologi Pernikahan Marissa Di Thailand, Bimbang Tak Sah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...