“Saya Dah Tawar Hati, Buatlah Apa Yang Abang Suka”

Trending

“Saya Dah Tawar Hati, Buatlah Apa Yang Abang Suka”

Saya dah tawar hati, abang buatlah apa yang abang nak buat,” kata saya pada suami. Lelaki itu terdiam, terus memegang tangan saya dan bawa balik ke rumah. Dia enggan menceraikan saya kerana dia masih punya rasa sayang. Tetapi kenapa dia berlaku curang?

Advertisement

Tiba di rumah, saya meroyan teruk. Perempuan itu sengaja menghantar gambar-gambar dia dan suami saya pergi bercuti dan berpelukan. Saya yang lemah iman ini terasa bagaikan nak mati bila melihat semua itu.

“Saya benci suami saya! Saya benci perempuan itu!!!”

Dipendekkan cerita, perempuan itu sebenarnya tidak pernah mengandung atau gugurkan kandungan. Dia sengaja menipu agar suami terus kekal bersama dengannya sedangkan saya yang benar-benar mengandung pada ketika itu diuji dengan insiden yang tidak pernah disangkakan ini.

Sebenci-benci saya pada suami, saya masih juga memberikan peluang kepadannya untuk berubah. Namun, tidak semudah yang disangkakan.

Setiap malam saya menangis, merayu pada Allah untuk berikan saya kekuatan kerana hati saya memang telah hancur binasa. Setiap malam itu juga suami memeluk kaki saya, menangis merayu agar saya memaafkan dia. Telah saya maafkan namun, saya tidak mampu untuk melupakan.

Sepanjang tempoh saya mengandung, dia menjaga saya, mengurut belakang saya ketika saya muntah, picit kaki saya yang sakit, belikan makanan yang saya nak makan, peluk dan lap air mata saya bila saya menangis serta membiarkan saya menumbuknya bila saya marah.

Alhamdulillah, anak kami sudah pun berusia setahun sekarang. Saya berjaya memaafkan dan melupakan kesalahan dia. Suami saya seorang suami yang baik. Baik bukan bermakna tak pernah melakukan kesalahan. Lelaki hanyalah manusia biasa, baik macam mana pun akan tetap melakukan kesilapan juga.

Usaha dia untuk mencuri hati saya semula membuahkan hasil. Alhamdulillah, sekarang kami sangat bahagia. Allah menganugerahkan kami anak yang menjadi kekuatan kami berdua. ORang luar yang melihat kami, semua berkata,

“Cemburulah tengok korang ni bahagia betul. Best kalau jadi korang ni tau,”

Saya hanya tersenyum. Dalam hati, mereka tidak tahu apa yang telah saya lalui.

Apa-apa pun, semoga kita semua dilindungi dari golongan perosak hubunga yang memang suka mencari peluang ini. Hargailah pasangan masing-masing.

Isteri, hargailah suamimu yang bekerja keras untukmu. Suami, hargailah isterimu yang sanggup meninggalkan keluarga untuk berkahwin denganmu.

Kredit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...