“Saya Dah Tak Nak..” – Tolak Lakonan Mesra & Bersentuhan, Ayda Jebat Jaga Maruah Suami

Hiburan

“Saya Dah Tak Nak..” – Tolak Lakonan Mesra & Bersentuhan, Ayda Jebat Jaga Maruah Suami

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengakui yang dia sudah tidak mahu lagi melakonkan aksi mesra atau bersentuhan dengan pelakon lelaki.

Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, tidak ada keperluan untuk dia melakukan aksi sedemikian terutama selepas dia kini adalah isteri dan ibu.

Advertisement

Malah, penyanyi lagu Pinjamkan Hatiku itu berkata, babak terlebih mesra atau keterlaluan tidak semestinya perlu ada dalam filem atau drama bagi memberi impak tertentu.

Kadang-kadang bila tengok cerita babitkan pelakon yang dah berkahwin dan buat aksi-aksi tak sepatutnya ataupun melampau, terfikir juga bagaimana agaknya penerimaan pasangannya?

Memanglah saya pelakon, tapi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu itu perlahan-lahan dah dipegang. Saya dah tak perlu cerita cinta yang kena bertepuk tampar atau berpegangan tangan dengan lelaki.

Jelas Ayda, era itu sudah berlalu dan dia perlu mendidik peminat dan penonton dimana industri tidak memerlukan filem sebegitu.

Baginya, banyak sahaja filem atau drama seperti dari Korea Selatan yang tidak memerlukan babak bersentuhan tetapi masih membuatkan penonton tersenyum dan berbunga-bunga.

Sekarang ni saya bukan bawa nama Ayda Jebat saja tapi saya juga bawa nama suami dan nama keluarga. Jadi, malulah. Mungkin dulu saya pun tak bagus, tapi lepas ini saya dah tak nak.

Info tambahan, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Jadi Lembu Pulak Dah" - Tindik Hidung, Netizen Minta Masya Masyitah 'Jangan Rosakkan Imej Islam'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...