Mendedahkan suaminya Muhammad Zaid Aznam kini sudah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 30 kilogram (kg), pelakon Ika Nabella bertindak berkongsi perihal tersebut kepada umum di laman Instagramnya.
Ujar Ika, selain gembira dengan perubahan tersebut, beliau juga akui langsung tidak marah andai suaminya dihina berbadan gempal sebelum ini.
“Oh ya! Bercakap pasal 100KG. Suami saya dah 70kg! Jadi, saya dah tak bersuamikan peti ais macam yang korang kutuk-kutuk dulu. Saya tak marah.”
Menurutnya, beliau kini bagai tidak menyangka bahawa suaminya itu boleh kurus seperti yang pernah diimpikannya dahulu.
“Saya geli hati tetapi memang tak sangka dia boleh kurus! Dulu selalu saya cakap kepada dia ‘macam mana eh rupa awak kalau kurus kan sayang? Mesti lagi hot.”
Biarpun begitu, Ika mendedahkan dirinya langsung tidak pernah tahu mengenai berat badan suaminya ketika di awal perkahwinan.
“Saya tak perasan yang dia dulu pernah 100kg sewaktu kami berkahwin empat tahun lalu. Saya tak sedar dia bambam. Patutlah ada orang kutuk-kutuk saya cakap duit punya pasal, laki gemuk pun sanggup kahwin.”
Menerusi entri terbabit, Ika dilihat turut berkongsi gambar suaminya yang baru sahaja berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.
Untuk rekod, Ika sebelum ini telah selamat bergelar isteri kepada Zaid pada 30 Julai 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan romantis ini kemudiannya dikurniakan anak sulung, Mohammad Noah Zayn selepas tiga tahun berkahwin.