Pelakon veteran Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud,62, meluahkan rasa sedih kerana dia sudah lama tidak ditawarkan ‘job’ dalam bidang lakonan.
Ujar Mak Wan, dia sudah berusaha mencari peluang kerja dengan beberapa produksi namun ditolak dengan beribu alasan.
Menganggap kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini turut menjadi punca rezekinya semakin berkurang dalam dunia lakonan, Mak Wan juga mendedahkan bahawa antara salah satu alasan pihak produksi adalah mereka menginginkan pelakon yang mempunyai banyak pengikut di media sosial.
Saya sudah berlakon 24 tahun, tapi bila dah tanya alasan stesen televisyen minta nak tengok followers media sosial. Mereka hanya ambil nama-nama pelakon popular.
Apa salahnya kongsi rezeki, saya tak dengki. Tapi balik-balik wajah yang sama, apa jadi dengan kami yang tak ada job ni.
Mak Wan yang ditemui memaklumkan dia sudah tiada wang dan enggan meminta pada anak-anak kerana mereka juga mempunyai komitmen masing-masing.
Jelas Mak Wan, dia kini berniaga di Uptown bagi mencari wang pendapatan bagi menampung kehidupan sehari-hari.
Saya kena bina semula hidup saya. Yang berlalu biarlah berlalu. Akaun bank saya pun tinggal kosong. Apa yang berlaku biarlah berlalu saya tidak mahu ingat lagi.
Tahun lalu, aktres ini telah dilanda pelbagai kontroversi antaranya perkahwinan yang dibina bersama bekas suami hanya bertahan selama 3 bulan.
Selain itu, dia juga ada terlibat dengan pertengkaran bersama bekas pembantunya sehingga melarat ke mahkamah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.