“Saya Dah Setahun Cerai..” – Sering Terima Komen Melampau, Puteri Sarah Minta Tak Dikaitkan Lagi Dengan Bekas Suami

Hiburan

“Saya Dah Setahun Cerai..” – Sering Terima Komen Melampau, Puteri Sarah Minta Tak Dikaitkan Lagi Dengan Bekas Suami

Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kecewa dengan segelintir pihak yang berani menuduhnya melakukan sesuatu yang tidak benar hingga memburukkan namanya di media sosial.

Tuduh bermaksiat

Kata Sarah, ada yang bertindak keterlaluan dengan meninggalkan komen yang memfitnah aktres ini melakukan maksiat.

Advertisement

Saya tak kisah tentang bekas suami saya dan isterinya tapi kadang-kadang wargamaya terutamanya di pengguna lelaki di Facebook (FB) seolah-olah tersakiti dan berdendam dengan saya.

 

Mereka komen tapi janganlah kaitkan dengan saya, saya dah setahun bercerai. Yang itu okay lagi tapi bila ada yang tuduh saya bermaksiat, itu melampau.

Mengapa harus kaitkan

Tambahan pula, Sarah turut berkata dirinya sudah lama berpisah dengan bekas suaminya dan tidak patut dikait-kaitkan hingga sekarang oleh netizen.

Awak nak komen tentang orang lain saya faham, tapi kenapa nak kena kaitkan dan perli saya? Saya tak ada kena mengena dengan kehidupan orang lain, saya pun dah bahagia. Bila tuduh saya bermaksiat..kenapa pula?

 

Awak dendam atas kejadian yang setahun lalu. Saya bukan bercerai dengan awak pun, saya dah selesaikan dengan bekas suami saya, tapi awak pula yang tak selesai dengan saya kenapa?

Sebelum ini, Puteri Sarah telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang meninggalkan komen menuduhkan bermaksiat.

Untuk info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof padan 8 Mac 2014 sebelum berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

puteri sarah kena scam
4 weeks ago

"Saya Tak Buat Kerja Macam Tu.." - Dapat 'Offer' RM15K Untuk Teman Datuk, Puteri Sarah Hampir Ditipu 'Scammer'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...