Gara-gara pernikahan rahsia dan poligami pelakon Izreen Azminda, rakan baiknya Rita Rudaini juga turut terkena tempias kecaman netizen. Rita menerima “serangan” daripada mereka yang menganggap Rita sebagai rakan sepatutnya memberikan nasihat kepada Izreen agar tidak mengganggu ataupun menjadi perampas suami orang.
Tolong jangan terus menyerang saya di laman sosial kerana perkahwinan dia.Saya tidak masuk campur dalam keputusan Izreen yang memilih jalan untuk berkahwin dengan suami orang. Cuma sebagai kawan, kami hormati hak peribadi Izreen dan mendoakan dia bahagia dan dapat membantu suaminya berlaku adil dalam kehidupan berpoligami.
Saya pun ada beri nasihat, jangan merampas hak orang lain. Tetapi dalam keadaan sekarang Izreen bermadu, dia tidak merampas suami orang. Jika dia dapat menjalani tanggungjawab sebagai isteri dengan baik, kita sendiri tidak perlulah mengutuk atau menghamun beliau kerana itu adalah jodoh yang telah tersurat buat dirinya.
Rita tahu bukan mudah untuk hidup berpoligami dan beliau berharap Izreen dapat menempuhi setiap dugaan dengan tabah dan sentiasa cuba untuk menjaga hati isteri pertama Ude.