Saya Dah Nak Kahwin, Ada Orang Ketiga – Shida Harmi

Hiburan

Saya Dah Nak Kahwin, Ada Orang Ketiga – Shida Harmi

Daripada langsung tidak dikenali, nama Shida Harmi terus meletup apabila gambar mesranya bersama Khairul Fahmi tersebar di laman blog beberapa hari sebelum ini. Tambah menyedihkan, Shida sebenarnya sudah bertunang dan akan berkahwin dalam masa 2 minggu. Pastinya perkara ini memberikan impak yang negatif kepada Shida, tunang dan keluarga mereka.

shida harmi

Advertisement

Bercakap kepada Harian Metro, Shida menyatakan yang dia menerima gangguan daripada peminat Apek apabila gambar tersebut tersebar.

Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

Apabila ditanya tentang kewujudan orang ketiga oleh wartawan OhBulan, Shida mengesyaki yang memang wujud orang ketiga dalam hal ini.

Saya memang syak penglibatan orang ketiga kerana dia sahaja yang pernah melihat gambar-gambar berkenaan dalam Blackberry saya. Namun, saya tak akan mendedahkan namanya kerana enggan memanjangkan cerita

Dan Shida menafikan yang tulisa di dalam BBM adalah miliknya.

Bukan, bukan saya yang tulis macam tu. Mungkin ada pihak ketiga yang cuba menjatuhkan nama Apek, lantas mengaitkan nama saya dalam hal ini. Jujurnya, saya mengenali Apek sekitar akhir Februari. Saya akui kami keluar bersama karaoke, tapi bukan pergi berdua. Sekitar bulan March, saya mula menjarakkan diri daripada Apek apabila tahu dia akan mengikatkan tali pertunangan. Sejak itu, kami lost contact

Bagi Abang Nara, pengajarannya mudah sahaja, janganlah ambil gambar semesra begini dengan mana-mana lelaki. Kita tak tahu siapa yang dengki dan marah dengan kita. Bila dah ada gambar sebegini, sesiapa yang busuk hati boleh menggunakannya untuk menjatuhkan kita. Kepada Shida, semoga anda tabah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...