Written by Bella | June 27th, 2019

Setiap wanita yang baru sahaja pertama kali hamil pastinya akan merasa debaran menanti detik kelahiran bayi sulung mereka, begitulah juga dengan pelakon Elfira Loy yang kini hamil enam bulan dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Macam-macam perkara yang difikirkan, termasuklah merasa takut untuk bersalin.

Namun, pada masa yang sama Elfira akui dia seronok menikmati proses kehamilan dan teruja untuk menyambut cahaya matanya bersama suami tercinta, Faris K Anuar.

Sekarang ini, saya dah mula fikir takut hendak bersalin dan sudah mula memikirkan bagaimana keadannya bila semakin dekat dengan waktu itu. Dalam masa yang sama saya teruja juga untuk menati kelahiran anak saya ini dan ia adalah cucu pertama bagi kedua-dua belah keluarga saya dan suami.

Buat masa sekarang saya hanya mahu fokus dan menikmati proses kehamilan ini kerana ia rezeki dari Allah yang bukan semua orang dapat rasainya.

Bukan Elfira sahaja, semua wanita yang hendak bersalin anak sulung perasaan mereka memang bercampur-baur, lebih-lebih lagi kalau sudah dekat dengan ‘due date’. Apa-apa pun, kalau boleh cuba bertenang. Kami doakan agar urusan bersalin Elfira dipermudahkan.

Sumber Berita : Astro Gempak

11 responses to Saya Dah Mula Rasa Takut Nak Bersalin – Elfira Loy

  1. kelantit says:

    aku yang belum hamil ni pun dah takut nak bersalin.. huhu

    5

    0
    • Anonymous says:

      tak perlu lah mention bkn semua org dpat merasainya tu :'(

      7

      0
      • Anonymous says:

        biasalah org nak kongsi keterujaan dan experience dlm hidup masing2.. kalau yg masih x dapat rezeki, jgnlah mental koyak sgt.. tak yah baca klu x boleh kontrol emosi.. susahlah semua benda pun nk sentimental.. jgn lah share cerita pasal kawin, pasal ada org umur meningkat pun x kawin lagi, jgn cerita pasal excited hantar anak masuk sekolah pasal ada org yg xde dikurniakan zuriat lagi.. jg cerita pasal bestnya beraya di kg, pasal ada org yg dah xde kg & ibubapa.. jgn cerita pasal bestnya lagu baru dato ct ni, pasal ada org yg takde nikmat mendengar sjak lahir lagi.. haishhh, penat nau nk melayan!

        7

        1
        • Anonymous says:

          “Buat masa sekarang saya hanya mahu fokus dan menikmati proses kehamilan ini kerana ia rezeki dari Allah.”

          boleh je stop situ to make it positive,

          mmgla org lain kahwin,balik kampung, dengar lagu bagai tapi ada ke org ckp “bkn semua orang dapat merasainya”?xde.

          tapi dia ni mmg kurang PR skill dari dulu lagi.

          1

          1
  2. Air Mani says:

    makin manis wajah elfira.. bahagia ya nak..

    8

    0
  3. nana says:

    Masyallah cantiknya Elfira. Seri ibu mengandung. I wish I could be like her..hihihi.. Moga dipermudahkan dan sejahtera ibu dan anak.

    7

    0
  4. Anonymous says:

    ada-ada sahaja retis ni nak cari publisiti dulu malu hamil sekarang takut bersalin…. buat apa nak hamil ya kalau semua takut…………… sanding sampai 5 kali tak takut pula ikut hindu baca quran sebab laki hafal 30 juzuk takut pula nak tunjuk
    ini berapa tahun pula bertahan sebelum jumpa peguam yang tak ditakut tu nanti

    0

    6
  5. geng mak mak says:

    “Buat masa sekarang saya hanya mahu fokus dan menikmati proses kehamilan ini kerana ia rezeki dari Allah yang bukan semua orang dapat rasainya”

    statement ni buat orang yg dah berpuluh2 tahun kawin tp belom mengandung dan orang yg tak boleh mengandung terasa hati..x perlu kot mention bukan semua orang dapat rasainya..matang laa sikit dalam tutur kata kita.

    8

    0
  6. AkuYangSentiasaSedih says:

    untung la ko weh..baru khawin dh bunting..aku yg khawin dulu dri ko ney..xdek rezeki lagi..pape pn..smoga selamat bersalin la ye..

    0

    0
  7. Chinta says:

    “Buat masa sekarang saya hanya mahu fokus dan menikmati proses kehamilan ini kerana ia rezeki dari Allah yang bukan semua orang dapat rasainya.”

    rasanya x pyh ckp “bukan semua org dpt merasainya” ada benda2 kita x perlu pun keluarkan kenyataan menyakitkan hati.

    0

    0

Leave a Reply to kelantit - Cancel

Optional