Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Dah Mula Rasa Takut Nak Bersalin – Elfira Loy

Setiap wanita yang baru sahaja pertama kali hamil pastinya akan merasa debaran menanti detik kelahiran bayi sulung mereka, begitulah juga dengan pelakon Elfira Loy yang kini hamil enam bulan dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Macam-macam perkara yang difikirkan, termasuklah merasa takut untuk bersalin.

Advertisement

Namun, pada masa yang sama Elfira akui dia seronok menikmati proses kehamilan dan teruja untuk menyambut cahaya matanya bersama suami tercinta, Faris K Anuar.

Sekarang ini, saya dah mula fikir takut hendak bersalin dan sudah mula memikirkan bagaimana keadannya bila semakin dekat dengan waktu itu. Dalam masa yang sama saya teruja juga untuk menati kelahiran anak saya ini dan ia adalah cucu pertama bagi kedua-dua belah keluarga saya dan suami.

Buat masa sekarang saya hanya mahu fokus dan menikmati proses kehamilan ini kerana ia rezeki dari Allah yang bukan semua orang dapat rasainya.

Bukan Elfira sahaja, semua wanita yang hendak bersalin anak sulung perasaan mereka memang bercampur-baur, lebih-lebih lagi kalau sudah dekat dengan ‘due date’. Apa-apa pun, kalau boleh cuba bertenang. Kami doakan agar urusan bersalin Elfira dipermudahkan.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. Chinta

    June 30, 2019 at 9:18 am

    “Buat masa sekarang saya hanya mahu fokus dan menikmati proses kehamilan ini kerana ia rezeki dari Allah yang bukan semua orang dapat rasainya.”

    rasanya x pyh ckp “bukan semua org dpt merasainya” ada benda2 kita x perlu pun keluarkan kenyataan menyakitkan hati.

  2. AkuYangSentiasaSedih

    June 27, 2019 at 2:57 pm

    untung la ko weh..baru khawin dh bunting..aku yg khawin dulu dri ko ney..xdek rezeki lagi..pape pn..smoga selamat bersalin la ye..

    • palat mu ah

      June 27, 2019 at 4:35 pm

      rezeki lain2.. manatau rezeki yang kau dapat, dia tidak dapat, bersabar lah wahai manusia

Loading...
To Top