Saya Dah ‘Move On’ Tapi Kenangan Lama Tidak Boleh Dipadam – Intan Liana

Hiburan

Saya Dah ‘Move On’ Tapi Kenangan Lama Tidak Boleh Dipadam – Intan Liana

Sah bercerai sekitar Mac lalu dengan pemuzik Ude Wahid, bekas madu Izreen Azminda iaitu Intan Salleh kini nampaknya lebih bahagia dan tenang bersama anak-anak tercinta. Intan meminta orang ramai tidak lagi mempersoalkan kehidupan yang beliau lalui sekarang.

Advertisement

Intan memberitahu beliau memang sudah ‘move on’ tetapi sebagai manusia biasa, pastinya agak sukar untuk beliau melupakan segala kenangan lama bersama bekas suami.

Move on atau tidak, tak perlu dipersoalkan. Move on tu melangkah maju bukan melupakan. Kenangan tidak boleh dipadamkan.

Meskipun ramai netizen yang tidak bersetuju Intan terus memuat naik perkongsian penuh emosi di akaun media sosialnya kerana bimbang akan menimbulkan salah faham, wanita itu bagaimanapun menjelaskan beliau mempunyai sebab tersendiri berbuat demikian.

Pendapat masing-masing tak apa, bukan semua orang suka kita. Intan ada alasan tersendiri kenapa Intan buat macam tu. Kadang-kadang terasa nak kongsi Intan kongsi orang tak suka tak apa. Kita siapa nak puaskan hati orang. Intan sekarang sudah melangkah maju ke depan.

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, dan Ariq Muqri.  Nama Intan mula mejadi perhatian ramai apabila Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara rahsia.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...