Pelakon jelita, Puteri Sarah memberitahu dirinya masih diganggu biarpun kini bukan lagi bergelar isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof.
Pelakon tersebut tidak tahu daripada mana datangnya ugutan tetapi dalam pada masa yang sama tidak mengambil endah berkenaan hal itu.
Saya pun dah move on dan gembira dengan kehidupan saya sekarang. Jadi, apa-apa jelah.
Menjawab persoalan mengenai kini menjadi janda meletup dan sebagainya, Sarah berkata dia sama sekali tidak kisah kerana dirinya pernah berhadapan dengan gelaran lebih teruk.
Dalam pada masa yang sama, Sarah turut sempat berkongsikan bahawa kini dia memiliki perniagaan rakan kongsi di negara jiran iaitu Jakarta, Indonesia.