“Saya Dah Move On” – Linda Hashim Buka Mulut Bila Nama Beego Dikaitkan Isu Kelab Malam

Hiburan

“Saya Dah Move On” – Linda Hashim Buka Mulut Bila Nama Beego Dikaitkan Isu Kelab Malam

Pelakon Linda Hashim mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang mengenai isu seorang selebriti lelaki yang tular kerana didakwa menari di kelab malam, yang dikaitkan dengan suaminya, Beego.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, menegaskan bahawa perkara itu bukan lagi urusannya, lebih-lebih lagi ketika mereka sedang berdepan kemelut rumah tangga. Katanya kepada mStar,

Advertisement

Kenapa tanya saya? Kenalah tanya dia. Tentang berita ini pun saya tak mahu masuk campur. Dia ada kehidupan sendiri dan saya pun dah move on. Kalau betul, itu hidup dia.

pelakon lelaki

Menurut Linda, ada pihak yang cuba menghubunginya untuk mendapatkan kepastian, namun dia sendiri tidak meneliti isu berkenaan. Tambahnya, sekiranya benar dakwaan itu melibatkan Beego, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik.

Saya pun ada nampak artikel yang dihantar kepada saya, tapi terlalu sibuk nak baca. Kalau betul itu dia, kita doakan yang terbaik. Dia pun ada anak-anak, kes mahkamah pun belum selesai.

Sebelum ini, portal melaporkan seorang artis lelaki dilihat berhibur di kelab malam bersama rakan-rakan termasuk wanita, dan nama Beego turut disebut kerana perceraiannya dengan Linda masih dalam proses mahkamah.

linda hashim sound beego
2025-07-24 09:51:21

"Tak Takut Akhirat Ke?" - Tak Beri Duit Makan Anak-Anak, Linda Hashim 'Sound' Beego

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...