September 2nd, 2020

Akui selesa menjalin cinta dengan kekasihnya, Ridhwan Rosli, pelakon penuh kontroversi Alya Iman kini khabarnya tetap  berharap agar hubungannya dengan lelaki tersebut berpanjangan hingga ke alam perkahwinan.

"Saya Dah Move On!" - Alya Iman Harap Hubungan Dengan Kekasih Ke Jenjang Pelamin

Menurut Alya, beliau mula mengetahui kewujudan jejaka tersebut sudah lama, namun mula menjalinkan hubungan erat sejak Jun lalu.

“Ridhwan pun cakap kalau ada jodoh tak kemana, jadi, kita doa yang baik-baik, kalau boleh saya pun nak panjangkan hubungan kami ini hingga ke jenjang pelamin, Insya-Allah.”

Bercakap mengenai kontroversi mengaitkan seorang ahli perniagaan yang juga suami orang sebelum ini, Alya memaklumkan kepada umum bahawa dirinya sudah ‘move on’ dan tidak akan mengulangi kesilapan sebegitu lagi.

"Saya Dah Move On!" - Alya Iman Harap Hubungan Dengan Kekasih Ke Jenjang Pelamin

“Jadi, saya pun terima sahaja, saya tak mampu kawal keadaan sebegini, yang penting saya sudah beri penjelasan kepada orang-orang yang saya rasa penting dan saya sudah ‘move on’.”

Katanya, orang tetap akan mencari kesilapannya biarpun beribu kebaikan dilakukannya setelah dihimpit kontroversi mengaitkan hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang.

"Saya Dah Move On!" - Alya Iman Harap Hubungan Dengan Kekasih Ke Jenjang Pelamin

“Bagi saya, bila perkara sudah jadi sekali, orang akan cari keburukan atau kesalahan, apa yang saya buat betul pun orang boleh cakap salah. Saya dah buat silap dan tak akan ulang semula kesilapan itu, bab komen ataupun kritikan dari netizen, saya tak mahu ambil hati sangat.”

Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang. Malah, perkara itu dilihat semakin panas apabila isteri kepada ahli perniagaan itu tampil memberi kenyataan. Bagaimanapun, Alya kini telah meninggalkan kisah silamnya itu dan meneruskan kehidupan dengan pengganti baru.

Sumber: Gempak 


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...