“Saya Dah Masuk Fasa Psiko..” – Pelbagai Ikhtiar Telah Dicuba, Janna Nick Terpaksa Terima Belum Ada Rezeki Anak

Hiburan

“Saya Dah Masuk Fasa Psiko..” – Pelbagai Ikhtiar Telah Dicuba, Janna Nick Terpaksa Terima Belum Ada Rezeki Anak

Aktres popular Janna Nick menyatakan rasa kecewa dan sedih apabila hajatnya untuk mendapatkan anak masih belum berjaya selepas membuat ujian kehamilan. Kata pelakon ini, dia sudah melakukan pelbagai cara untuk hamil namun tak berhasil.

Kena paksa diri untuk terima

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di TikTok, pelakon ini berkata dia baru membuat ujian kehamilan ketika suaminya, Dini masih tidur. Harapannya sebagai kejutan namun Janna kecewa apabila belum ada rezeki.

Advertisement

Terbangun tidur pukul 4 pagi, jadi saya buat keputusan untuk buat ujian kehamilan. Buat ujian tu masa Dini tidur, jadi dia tak nampak saya tertekan.

 

Gementar setiap kali nak semak keputusan. Berharap dalam dua line boleh buat kejutan pada Dini.

 

Baru nampak result, pelik sebab dah cuba bermacam cara. Kena paksa diri untuk terima ‘belum rezeki’.

@jannanickofficial  ♬ Buah Hati – Armada

Semakin terganggu emosi

Bukan itu sahaja, menurut aktres ini, dia sudah mengamalkan pelbagai suplemen hingga emosinya terganggu akibat tertekan masih belum hamil. Dia juga menjelaskan tubuh badannya yang semakin ‘berisi’ adalah kerana risau tidak ‘lekat’.

Tambahan pula, Janna menjadi semakin stress apabila setelah mengorbankan segala aktiviti sukan dan memakan segala jenis suplemen hingga menjejaskan kulit wajah, pelakon berumur 29 tahun ini masih juga tidak mengandung, ujarnya.

Saya sudah masuk fasa psiko! Jawapan bagi soalan berisi sebab tak aktif bergerak sebab takut tak ‘lekat’.

 

Mula psiko bila setiap bulan semua benda saya rasa itu simptom mengandung.

 

Proses kehamilan tak mudah, saya faham dan terima takdir. Tahu ada orang lagi lama menunggu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Namun demikian, pelakon ini tetap mendoakan agar dirinya dan para wanita di luar sana yang senasib agar dikurniakan juga rezeki cahaya mata satu hari nanti.

Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga dengan Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023 di Langkawi, Kedah.

Izreen Azminda
10 months ago

"Alhamdulillah Rezeki Allah Bagi Tahun Ini" - Izreen Azminda Hamil Anak Keempat, Peminat Ucap Tahniah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...