Fauziah Sarman, ibu penyanyi terkenal Shila Amzah, nyata terkejut apabila diberitahu bahawa lagu terbaru Shila berjudul Pernah Punya Aku diinspirasikan oleh pengalaman peribadi tentang kecurangan dalam rumah tangganya .
Dia tidak menjangka anaknya akan mengangkat kisah lama itu menjadi lagu, apatah lagi ketika pertama kali mendengarnya dimainkan di dalam kereta.
Fauziah turut membuka kisah lama perkahwinan yang penuh kawalan sehingga beliau sukar bergaul selain memaklumkan sudah memaafkan bekas suaminya itu setelah dua tahun bercerai.
Dalam perkahwinan saya langsung tak dibenarkan bergaul dengan orang luar. Bekas suami sentiasa suruh dengar cakap dia.
Ketika itu saya cuma ada anak-anak sebagai teman sehingga kawan anak sendiri jadi rakan saya. Malangnya kawan anak pula yang ambil suami kita.
Saya memang tidak dibenarkan berkawan, bekas suami saya memang sangat cemburu, dia tak bagi saya ke mana-mana. Saya memang fokus keluarga sebelum ini.
Fauziah mengakui beliau mengambil masa enam bulan untuk pulih, sebelum bangkit demi anak-anak. Kini dia kembali aktif dengan menghadiri majlis ilmu, zumba, dan hiking bersama rakan-rakan positif.
Sekadar info, Fauziah dan ND Lala dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Shila (35), Amir Syafiq (32), Amir Syahir (30), dan Nur Syuhada (27).
Perceraian mereka berlaku pada 2 Ogos 2023 melalui lafaz di WhatsApp, susulan khabar angin bekas suami dikaitkan dengan perkahwinan rahsia bersama seorang wanita dipercayai kawan baik kepada Shila Amzah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.