Sudah beberapa kali dikatakan terlalu lantang berbicara tentang sesuatu isu di media sosial, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad tidak cepat melatah apabila dilabel ‘terpaling’ lantang bersuara.
Kata Uyaina, dirinya memang seseorang yang vokal terhadap sesuatu perkara jika perlu diulas. Mungkin ada sesetengah pihak yang baru kenal dengan perwatakan itu hingga melabel dirinya begitu, ujarnya. Uyaina juga akui dirinya tidak akan mengulas sesuatu isu jika bukan kepakarannya.
Saya faham mungkin ada yang baru sedar tentang kelantangan saya tapi sejujurnya, saya sudah lantang sejak dulu, bukanlah ‘terpaling’ lantang sekarang.
Ada beberapa isu yang saya boleh cakap dan akan bercakap. Ada juga isu tapi saya tak ulas sebab di luar bidang saya.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, ketika ditanya, aktres ini akui belum pernah menerima reaksi negatif dari mana-mana jenama ketika dirinya lantang berbicara soal isu peperangan di Palestin. Katanya, setakat ini, belum ada mana-mana pihak yang berhajat ingin memberhentikan kerjasama dengannya.
Sebelum ini, pengacara program terkemuka, Wanita Hari Ini juga sempat tular apabila dirinya bengang ketika akaun TikToknya disenarai hitam kerana sering memuat naik hantaran berkenaan Palestin.