“Saya Dah Lama Serius Menyanyi” – Fattah Amin

Hiburan

“Saya Dah Lama Serius Menyanyi” – Fattah Amin

Mengakui mendapat lebih perhatian dalam bidang lakonan meskipun telah berkecimpung dalam dunia nyanyian, pelakon Fattah Amin mendedahkan beliau telah lama serius bergelar seorang penyanyi.

"Saya Dah Lama Serius Menyanyi" - Fattah Amin

Advertisement

Menurut Fattah, perkara itu tidak dapat dinafikan kerana sebelum ini beliau juga telah melancarkan beberapa lagu buat pendengar setianya.

“Saya juga serius menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian. Saya juga sudah lancarkan beberapa single sebelum ini, jadi boleh dikatakan, sudah lama saya serius untuk menyanyi. Saya sudah memiliki lima hingga enam single, kalau diikutkan ia sudah boleh dimuatkan dalam satu album.”

"Saya Dah Lama Serius Menyanyi" - Fattah Amin

Ujarnya lagi, beliau juga lebih cenderung dan sukakan kepelbagaian dalam genre lagu nyanyiannya. Malah, mengakui beliau langsung tidak suka dirinya dilabel sebagai seorang yang stereotype.

“Saya suka pelbagai, begitu juga dengan nyanyian. Sebelum ini saya dah cuba genre balada, cinta dan lagu Bebas yang dilancarkan baru-baru ini pula mempunyai mesej yang mampu membangkitkan semangat motivasi dalam diri seseorang.”

Dalam perkembangan lain, Fattah juga akan melancarkan single terbaru ciptaan Hafiz Hamidun yang akan menemui peminat dalam masa terdekat.

"Saya Dah Lama Serius Menyanyi" - Fattah Amin

Untuk rekod, Fattah yang juga suami kepada pelakon jelita Nur Fazura khabarnya bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi selepas tampil mendedahkan isterinya sudah berbadan dua sekitar April lalu.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...