“Saya Dah Insaf, Dah Bergelar OKU” – Abang ‘Terpaling Polis’ Pukul Bakal Isteri Tampil Beri Penjelasan, Akui Dah Terima Kifarah

Kehidupan

“Saya Dah Insaf, Dah Bergelar OKU” – Abang ‘Terpaling Polis’ Pukul Bakal Isteri Tampil Beri Penjelasan, Akui Dah Terima Kifarah

Baru-baru ini, ramai berasa berang dan kesian mendengar rintihan seorang wanita menangis apabila dipukul oleh bakal suaminya yang merupakan anggota keselamatan.

Ia sememangnya mengundang kemarahan ramai hingga penyanyi rap, Caprice turut terlibat demi mendapatkan keadilan buat mangsa.

Advertisement

Susulan berita ini sudah tular, seorang lelaki yang didakwa merupakan individu yang memukul tampil memberi penjelasan bagi pihak dalam satu video berdurasi 9 minit di Instagram.

ig mirol_az

Lelaki terbabit mengakui kesalahannya berlaku curang dengan wanita lain serta mula sedar tentang kesilapannya yang sering memukul wanita.

Di akhir video tersebut, lelaki terbabit sempat mengatakan dirinya sudah terima balasan atas perbuatan dayusnya selama ini.

Saya dah terima kifarahnya. Saya dah bergelar OKU, cacat separuh badan. Saya nak berubah. Dekatkan diri dengan Allah, solat dan mendalami ilmu agama supaya saya tak lagi panas baran.

ig mirol_az

Sebelum ini, tular video wanita merintih kesakitan kerana dipukul bakal suami dan lelaki terbabit turut memberi amaran berulang kali sebelum kembali pukul wanita tersebut tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami.

polis pukul wanita
1 year ago

"Sekali Aku Pukul, Sampai Kahwin Aku Pukul!" - Viral Video Wanita Ketakutan Dipukul Bakal Suami 'Terpaling Polis'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...