August 1st, 2018

Menerima pelbagai kecaman dan turut mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak kerana tindakannya ‘body shaming’ seorang wanita yang mewakili pelakon Nur Fazura untuk menerima trofi di Anugerah Telenovela 2018 mingg lalu, Faezah Elai sekali lagi tampil bersuara mengenai isu tersebut.

Jelas Faezah, beliau sudah menghantar mesej memohon maaf  secara peribadi kepada wanita berkenaan menerusi laman sosial Instagram. Tambah Faezah, apa yang berlaku cuma satu salah faham sahaja dan beliau tidak lagi kisah jika ada netizen yang ingin terus menghina dirinya.

Saya sudah mesej dia secara peribadi di Instagram. Saya minta maaf dengan ikhlas. Sama ada dia maafkan saya atau tidak, terpulang. Apa yang penting, saya sudah buat bahagian saya. Sekarang ini, kalau netizen mahu terus mengata dan menghina saya pula, silakan tanggung dosa.

Perkara ini bermula selepas ditimbulkan individu tertentu. Sedangkan, kalau sesiapa berada di tempat kejadian tahu perkara sebenar. Disebabkan pemahaman salah membuatkan ia jadi perdebatan dalam kalangan netizen.

Dalam pada itu, Faezah sempat lagi mempertikaikan tindakan Fazura yang seakan sengaja mahu netizen terus membenci dirinya kerana membangkitkan isu terbabit serta mendakwa beliau sengaja menyindir dan membuli wakil wanita itu.

Sebelum ini Fazura selalu melaungkan ingin sesuatu yang positif saja dan sayangi diri. Tetapi, tindakannya memuat naik perkara itu di Instagram mengundang kepada perkara negatif.

Netizen melemparkan kata-kata negatif dan saling bergaduh. Adakah itu sesuatu yang positif? Orang kata saya sengaja berbuat sedemikian, kerana mahu publisiti. Saya sudah tidak berlakon, jadi tak perlu semua itu.

Faezah juga sudah menutup ruangan komen di akaun Instagramnya atas alasan tidak mahu peminat terus berbalah.

Sumber Berita : Harian Metro


81 responses to “Saya Dah Hantar Mesej Minta Maaf Pada Wakil Fazura, Tidak Kisah Netizen Terus Nak Mengata – Faezah Elai”

  1. mak cute says:

    minah perasan ala barbie…pakai sendat2 makeup 5 inci…edit 360 filter bagai…gigih upload dlm ig…lapar like…fazura tu natural makeup nipis pun dh sedia lawa…

Loading...