Saya Dah Cuba Selamatkan Perkahwinan Kami – Fasha Sandha

Hiburan

Saya Dah Cuba Selamatkan Perkahwinan Kami – Fasha Sandha

Spekulasi rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai sudah terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu semalam di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Advertisement

Linangan air mata Fasha dalam beberapa foto yang tersebar membuatkan ramai peminat industri hiburan tanah air turut merasa sebak dengan berita berkenaan. Entah kenapa, kali ini kes penceraian artis mendapat begitu banyak perhatian.

Terdahulu, Fasha memfailkan permohonan cerai pada hari Isnin lepas mengikut seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Pada mulanya Fasha kelihatan tenang selepas diceraikan, tetapi beliau tidak dapat menahan kesedihannya selepas menerima pelbagai soalan daripada pihak wartawan. Malah, Jejai juga kelihatan sebak.

Tidak mahu memberikan komen pada awalnya, peguam Fasha iaitu Zulkifli Che Yong ada mengedarkan satu kenyataan Fasha dimana aktres itu memberitahu beliau sudah cuba yang terbaik untuk mempertahakan rumah tangganya dan redha dengan apa yang berlaku.

Saya telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan hidup bersama kedua-dua anak saya Putra Rayfal dan Putri Raysha.

Ditanya mengenai hak penjagaan kedua-dua anak mereka, Zulkifli dan Fasha enggan memberikan komen lanjut mengenainya.

Kalau dilihat di media sosial, ramai juga yang mendoakan agar Fasha dan Jejai kembali kerana mereka tahu pasangan ini masih sayangkan antara satu sama lain dan rumah tangga mereka runtuh kemungkinan daripada campur tangan pihak ketiga.

Siapa tahu bukan, berkat doa orang ramai dan sekiranya jodoh mereka masih ada, tidak mustahil Fasha dan Jejai akan bersatu semula.

Sumber Berita: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...