Written by AbangNara | September 13th, 2019

Tiada pasangan di dunia ini yang mahukan perkahwinan dibina berakhir dengan penceraian. Adat berkahwin biasalah ada gaduh-gaduh, perselisihan faham dan pertelingkahan. Namun jika suami dan isteri berkomunikasi, semua masalah boleh diselesaikan. Walaupun begitu, kadangkala kita sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga, namun jika hanya sebelah pihak yang berusaha, maka masjid yang dibina akan runtuh jua.

nabila sharnaaz

Itulah yang terjadi kepada perkahwinan Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad. Telah lebih setahun tidak tinggal bersama, Nabila telah melakukan pelbagai cara untukk menyelamatkan rumah tangga mereka, namun sayangnya ia tidak berhasil. Kata Nabila:-

Apabila memfailkan permohonan cerai, ini bermaksud saya sudah bersedia dengan apa jua keputusan. Tapi apabila semalam dia tidak setuju untuk berpisah, saya perlu menghormati keputusan mahkamah dan ikut prosedur yang ditentukan.

Saya percaya setiap yang terjadi ini ada hikmah di sebaliknya dan semuanya takdir Allah. Setiap pasangan yang berkahwin, sudah pasti tidak mahukan penceraian. Saya dah cuba pelbagai cara untuk selamatkan rumah tangga ini namun ia tidak berhasil.

Sekarang biarlah saya fokus terhadap anak dulu. Apa sahaja yang terjadi antara saya dan Sharnaaz, akan tetap utamakan anak kami

nabila sharnaaz

Tambah Nabila lagi, keputusan untuk bercerai ini telah pun dipersetujui bersama. Siap ada perjanjian penceraian lagi. Kata Nabila:-

Sejujurnya kami memang ada berbincang dan bersetuju untuk bercerai. Walhal sebelum memfailkan penceraian, dia terlebih dahulu menghantar perjanjian penceraian kepada saya.

Saya musykil jika dia masih sayangkan perhubungan ini dan ingin menyelamatkan rumah tangga kerana kami sudah tiada lagi persefahaman.

Biarlah masalah yang berlaku ini hanya kami berdua sahaja yang tahu. Dia tahu mengapa saya mengambil tindakan ini. Saya harap orang luar tidak membuat sebarang spekulasi

nabila sharnaaz

Pasti Nabila telah pun berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan ini. Bukan mudah untuk menekadkan hati bercerai, lebih-lebih selepas mempunyai cahaya mata hasil perkahwinan tersebut. Semoga urusan penceraian ini dipermudahkan untuk kedua-dua pihak. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to Saya Dah Cuba Pelbagai Cara Selamatkan Rumah Tangga Tapi Tak Berhasil – Noor Nabila

  1. Anonymous says:

    Ko dah beberapa kali cerai? X yah sembang sgt lah..

  2. faraj says:

    Len kali cari somi yg berusia established mcm bakal somi intan najwa dh la kacak kaya pulak..hari2 jalan org ingat ko anak dara jln dgn bapak wakaka

    • Brunes says:

      faraj kau jangan lupa juga established tu macam bofren ruhainese.. dah lah hensome, kaya pulak.. masa happy besday dia bagi henbeg dior mahal hokehh!! hari hari jalan pakai ferarri makan nasi kandar suap dalam kereta.. aww so swweeettttttnye #relationshipgoals

  3. Anonymous says:

    semoga semuanya dipermudahkan. bagi saya sekiranya tiada bahagia, lepaskanlah. insya allah ada bahagia di tempat lain. suka tengok baby jebat. comel sangat2..

  4. Org Kg says:

    Cukup sabarlah ni kononnya spai meluahkan dlm media sosial bagai. Mmg susah nk jd isteri solehah kalau x tahu cari jalan yg btl dlm nk menyelesaikan masalah..skrg ni bukan setakat aib suami dihebohkan, aib sendiri, aib keluarga, aib semualah.. Dulu masa menikah tu atas paksaan ke? Atau desakkan keluarga? Ko yg nk x payah nak menyalak tunggu je kes ko disebut mcm budak2. Reporters tanya jawab je no komen. Rasanya laki ko pun x sabar nk lepaskan ko cuma saja nk kasi ko insaf sikit asyik ko je betul semua x kene. Yg adik ko si hajah pun 2×5 mcm batu api je!

  5. Think! says:

    Susah ni..kalu kakak retis berangan selevel retis. RM500 x cukup ko jual nasik lemak Naelofar je. Sambal guna laki ko punya brand. Nasik ko tanak pagi2. Tu baru ada sepakatan saling lengkap melengkapi. Ko kawin dengan pelakon bukan CEO. Rasanya laki ko pun x sabar nk jatuh talak tpi saje nak ajor ko supaya tunduk sikit. Asyik ko je yg betul semua ex ko salah?

  6. Anonymous says:

    xtahu la kenapa, tapi aku xska la dia nii…

  7. polaan says:

    yela tu kaknabbbbbb

  8. Anonymous says:

    Acah innocent ke nabila bunyi nye nak salahkan sharnaz semua ye.. Keluarga ego.

  9. Anonymous says:

    Teringat kes Nedim dgn bekas bini dia. Lepas cerai, bini dia terus rembat kerabat terengganu. Cash is king lah bro… Pompuan gini dia high maintenance. Ko sengkek memang satu keturunan dia pulaukan kau. Pompuan ni tak sesuai di buat bini. Biar adik beradik dia bagi dia makan. Takpun tunggu dia kawin dgn Sultan Kelantan sendiri

  10. Anonymous says:

    Tak semua perempuan layak dijadikan isteri atau boleh dijadikan isteri…ingat tu. huhu

  11. anonymous says:

    inilah hasilnya kalau berkahwin dgn jantan haprak

    • Lopak & co . says:

      Haprak lani la …dulu si haprak ni la yg janda Kardashian ni tergila gila sgt ..sampai celak kangkang pun janda Kardashian ni masuk .

      Janda Kardashian is so trashy …..

      Yg pi goda Sharnaz pun janda ni gak …..

  12. dafni says:

    nabila (dan jg shanaaz) mungkin lupa satu perkara. kalau nk selesaikan apa jua masalah, kembalilah kepada Dia. bila kita selesai ‘sesama manusia’, kita mmg tak mampu dan takkan mampu. bila kita selesai bersama Sang Pencipta, Dia akan bukakan jalan penyelesaian… aku bkn nk ceramah bagai tp tulah hakikatnya

  13. Dina says:

    Duduk lah rumah yg Sharnaz selesa pulak. Balik2 muka famili nabila ni jugak bersepah. Besday parti x habis2. Semua menempel kat situ. Rimas lah laki tu. Pastu mulut masing2 hansuang pulak tu.

  14. Motivasi says:

    Semoga Allah panjangkan jodoh kalian..suami isteri melengkapi antara satu sama lain..awal2 perkahwinan mmg ada pasang surut..duduklah serumah dlm keluarga kecil, br senang nk urus tadbir rumah tangga sama2

  15. Noname says:

    Salam Sharnaaz & Nabila

    Sabar selagi boleh, pernah dengar kan? Mana nak tau selagi boleh tu takat mana? Tu yg Allah uji.. sejauh mana kita mampu pergi.. Ingatlah, Allah hanya uji pada yang mampu. Apa yg kalian lalui, Allah knows..

    Please please please bertahan demi masjid kukuh yg kalian bina, demi insan kecil yg lahir dari cinta kalian, yg namanya Jebat (sekuat semangat lagenda agong dahulu yg sanggup mati demi mempertahankan saudaranya sendiri, Tuah). Masjid tu kukuh ke tak sgt bergantung kepada kuatnya iman dan agama, kuatnya semangat nk mempertahankannya.

    Your marriage is still sgt sgt baru, jauh lagi ia boleh pergi, insya Allah. Just let time grows both of you together.. if there is any flaw yg kita nampak dlm pasangan kita, always remember to reflects it to your own first. Our normal mind memang camtu, nak pasangan kita naturally jadi org yg kita expect them to be, bukan disuruh2 atau dipaksa2. We always dream of perfect partner tapi sayang realiti doesn’t works that way. You both are still new in your marriage zone, hence sangat sayang sekali to kill it. Unless memang dah tak ada rasa sayang, tak ada rasa cinta..

    But to continue to have sayang n cinta bukankah tanggungjawab bersama untuk sentiasa berusaha utk semai perasaan tu umpama pokok yang korang tanam kena selalu jaga, siram air, letak baja. Please dont stop there and end it.

    If you both blum pernah really living together without anyone else in the family, please do that for a long time first. You will learn more and begin to appreciate your partner from there. Marriage need space to grow, only for the required 2 people not with extras coz sometimes extras can be biased, can influence you or your partner to be onesided.

    Your small baby, Jebat Jayden belum boleh cakap, belum boleh faham apa yg korang lalui, x faham apa itu benci, malah hanya boleh rasa kasih sayang dari baba dan mamanya. Tunggu sedikit masa lagi bila dia boleh cakap, im sure lagi banyak si kecil akan tanya dan terpaksa dimengertikan tentang masalah kedua org tuanya. Please have simpathy to your baby in this sense. Orang selalu cakap bila dah kahwin, priority always to the anak2. I believe you both agree on this. Anak always penghubung kasih sayang ibu dan bapa. Tunggu bila Jebat dah boleh cakap, im sure lagi byk fun and bonding moment korang to parent him together under one roof. Kat situ nanti korang akan nampak betapa pentingnya hubungan kekeluargaan yang complete untuk membesarkan anak dengan baik.
    Otherwise, it will be hard for your little baby. Emosi terjejas kerana tak faham why the splits. And it will be difficult to the parents too to adjust and educate your small kids on ur current situation.

    Buang jauh2 ego masing2 ke laut dalam. Tanam sikap always try hard to give the best to each other. Money is always material things. Jangan ukur kasih sayang dari duit yang pasangan kita boleh beri although yes, dunia sekarang memang money based. Duit sentiasa boleh cari. Tp bahagiakah kita walau duit banyak tapi mahligai yang dibina hancur? Ada orang lain tu sampai tak ada duit nak makan, hidup lagi susah dari kita tapi masih bersama mengharung kesusahan, at least dugaan kita tak sampai situ kan? The key is always bersyukur and feel blessed dan terima pasangan seadanya.

    Memang banyak orang cerai nowadays, but please do not add to the statistic. You both created such a fairytale and beautiful wedding photos, to kill and burn it, it is such such such a waste sgt. Not until you cannot save your marriage anymore. Not until your spouse become danger to you, curang or add so much torture to you mentally n physically. Abusive to you or kids ke, that is not that ugly yet i believe, right?

    I share this to you from my experience. Been in worst but still surviving..

    So please think it deeper and make a wise decision. Only u knows your partner best not anyone else.

    I hope to see u both continue this journey of marriage.

    Ikhlas dari,
    No name

Tinggalkan Komen Anda Di Sini