Orang Malaysia biasalah, mana boleh ada selebriti yang buat silap sikit. Mesti akan jadi bahan untuk ‘membawang’ punya. Jadinya sesiapa yang bercita-cita nak jadi artis di sini, perlulah mempunyai mental yang kuat supaya tak goyah apabila ‘diserbu’ suatu hari nanti.
Banyak kali juga kita dengar artis baru mengeluh mengenai kehidupan selebriti yang memenatkan. Pun begitu, artis senior yang sudah biasa menghadap hencapan orang ramai kini sudah lali dengan perkara sedemikian. Mereka kini lebih tenang dalam memberi respons mengenai sesuatu perkara bagi menenangkan orang ramai.
Contoh selebriti tanah air yang paling ‘cool’ ialah Nabila Huda atau pun lebih mesra dipanggil sebagai Abil. Baru-baru ini, pelakon wanita itu telah memuat naik gambarnya bersama seekor serigala berbaka Husky.
Comel sungguh ekspresi Abil dan haiwan itu! Tapi yang menjadi perhatian netizen ialah kapsyen yang ditulis pada entri itu. Pelakon wanita itu awal-awal lagi sudah memaklumkan bahawa dia telah menyamak mukanya selepas bermain dengan haiwan itu.
Rata-rata peminat turut memberikan reaksi kepada kapsyen Abil itu dan mengeluh kerana wanita itu perlu memberi penjelasan dahulu supaya tidak ‘diserang’ oleh netizen.
Pandai Abil perjelas awal-awal supaya ‘acik bawang’ tak boleh serang. Biasalah mulut orang, kita mana boleh tutup kan? Pelakon wanita itu juga kelihatan sedang berseronok berjalan bersama keluarganya ke luar negara. Semoga bergembira!
ikan
October 30, 2019 at 6:43 pm
mmg boleh samak. tapi still tak boleh nak sesaja selfie.
Mia
October 30, 2019 at 4:37 pm
Serigala boleh pegang tp kalau anjing x yah la kalau x de sbb.. my hasben & i buat rescue for cats & dogs.. tgk mane2 anjing yg sakit yes kitorg tlg.. tp idok le nampak anjing sesaje nak selfie.. tp nabila ckp tu serigala berbaka husky so suka hati masing2 la.. hahahaha..
noname
October 30, 2019 at 3:16 pm
sengaja pegang padahal dh taw bnde tu haram disentuh..motif pegang utk apa..?tlg sbb anjing tu sakit ke,,??semoga Allah berikan hidayah dan jalan terbaik utk kamu dan kita semua…
minahkepochi
October 30, 2019 at 2:13 pm
apa ko merepek ni
Anonymous
October 30, 2019 at 2:08 pm
Buat lah sesuka hati.
Pijak la segala hukum hakam.
Selagi boleh buat…