Written by Irsa | October 30th, 2019

Orang Malaysia biasalah, mana boleh ada selebriti yang buat silap sikit. Mesti akan jadi bahan untuk ‘membawang’ punya. Jadinya sesiapa yang bercita-cita nak jadi artis di sini, perlulah mempunyai mental yang kuat supaya tak goyah apabila ‘diserbu’ suatu hari nanti.

Banyak kali juga kita dengar artis baru mengeluh mengenai kehidupan selebriti yang memenatkan. Pun begitu, artis senior yang sudah biasa menghadap hencapan orang ramai kini sudah lali dengan perkara sedemikian. Mereka kini lebih tenang dalam memberi respons mengenai sesuatu perkara bagi menenangkan orang ramai.

Contoh selebriti tanah air yang paling ‘cool’ ialah Nabila Huda atau pun lebih mesra dipanggil sebagai Abil. Baru-baru ini, pelakon wanita itu telah memuat naik gambarnya bersama seekor serigala berbaka Husky.

 

View this post on Instagram

 

Hello Everybody!?? (Relax..Saya dah cibuk muka Saya Dan samak)?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Comel sungguh ekspresi Abil dan haiwan itu! Tapi yang menjadi perhatian netizen ialah kapsyen yang ditulis pada entri itu. Pelakon wanita itu awal-awal lagi sudah memaklumkan bahawa dia telah menyamak mukanya selepas bermain dengan haiwan itu.

Rata-rata peminat turut memberikan reaksi kepada kapsyen Abil itu dan mengeluh kerana wanita itu perlu memberi penjelasan dahulu supaya tidak ‘diserang’ oleh netizen.

nabila huda bagi penjelasan awal tentang dia memegang husky

Pandai Abil perjelas awal-awal supaya ‘acik bawang’ tak boleh serang. Biasalah mulut orang, kita mana boleh tutup kan? Pelakon wanita itu juga kelihatan sedang berseronok berjalan bersama keluarganya ke luar negara. Semoga bergembira!

Sumber: MediaHiburan

10 responses to “Saya Dah Cibuk Muka Saya Dan Samak”- Pegang Husky, Nabila Huda Bagi Penjelasan Awal

  1. Anonymous says:

    Buat lah sesuka hati.
    Pijak la segala hukum hakam.
    Selagi boleh buat…

  2. minahkepochi says:

    apa ko merepek ni

  3. noname says:

    sengaja pegang padahal dh taw bnde tu haram disentuh..motif pegang utk apa..?tlg sbb anjing tu sakit ke,,??semoga Allah berikan hidayah dan jalan terbaik utk kamu dan kita semua…

  4. Mia says:

    Serigala boleh pegang tp kalau anjing x yah la kalau x de sbb.. my hasben & i buat rescue for cats & dogs.. tgk mane2 anjing yg sakit yes kitorg tlg.. tp idok le nampak anjing sesaje nak selfie.. tp nabila ckp tu serigala berbaka husky so suka hati masing2 la.. hahahaha..

  5. ikan says:

    mmg boleh samak. tapi still tak boleh nak sesaja selfie.

  6. Anonymous says:

    Babi dan anjing adalah sama taraf najisnya.. Najis berat. X sabar nk tgk abil pegang babi pulak.. Eee… X sabarnyaaa.. Jgn risau, lps tu sure dia samak punya. Kita nantikan ye..

  7. pendosa says:

    perhatikan dalil dan pandangan ulama, dapat disimpulkan bahawa hukum bagi serigala dan rubah adalah tidak sama seperti hukum anjing serta keturunannya kerana:

    Tiada dalil yang khusus yang menyatakan bahawa serigala dan rubah itu najis sepertimana anjing.
    Serigala dan rubah bukanlah kacukan dan keturunan daripada anjing
    Nas hanya menyebut anjing dan jenis-jenisnya sedangkan rubah tidak termasuk dalam kalangan anjing.
    Oleh itu dapat disimpulkan bahawa najis dan bangkai serigala dan rubah ini tergolong di dalam Najis Mutawassithah (Najis Sederhana) yang hanya perlu menghilangkannya (iaitu sifat najis) dengan menggunakan air Mutlak sahaja. Semoga dengan penjelasan ini dapat memberi kita sedikit kefahaman dalam memahami agama Islam dengan lebih baik.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini