“Saya Dah Buat Susah-Susah, Dah Bayar Puluhan Ribu..” – Akui Kecil Hati Dikecam, Aliff Syukri Padam MV ‘Love Raya’ Demi Ibu

Kehidupan

“Saya Dah Buat Susah-Susah, Dah Bayar Puluhan Ribu..” – Akui Kecil Hati Dikecam, Aliff Syukri Padam MV ‘Love Raya’ Demi Ibu

Bonda Rozita sebelum ini membuat hantaran teguran buat anak lelakinya, Datuk Seri Aliff Syukri mengenai muzik video raya, Love Raya yang dianggap keterlaluan dan tidak mencerminkan akhlak umat Islam.

Aliff Syukri mohon maaf

Akur dengan permintaan ibu, Aliff Syukri telah pun memadam MV raya tersebut di setiap platform dan sempat memohon maaf jika ia dianggap keterlaluan.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, usahawan sensasi itu juga mengakui berasa kecil apabila ramai yang memberi respon negatif mengenai lagu rayanya pada tahun ini.

Memang saya kecil hati. Saya dah buat susah-susah, saya dah bayar puluhan ribu untuk penari, videographer semua..

Ramai lagi buat video pelik tak dikecam

Tambahan Aliff lagi, disebabkan teruk dikecam oleh netizen, sedikit sebanyak dia berasa down melihat komen-komen yang dilontarkan sedangkan baginya, ramai lagi yang membuat video-video pelik tetapi tidak dikecam.

Enggan salahkan mana-mana pihak, Aliff mengambil seluruh kesalahan di atas bahunya dan memilih untuk padam muzik video raya berkenaan.

bonda rozita
9 months ago

"Haram Tetap Haram! 10 Malam Terakhir Lailatur Qadar Kau Lancar Video Tak Berakhlak!" - Bonda Rozita Kecewa Dengan Aliff Syukri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...