“Saya Dah Buat Semua Benda, Ni Filem Terakhir” – Hairul Azreen Umum Berhenti Berlakon

Hiburan

“Saya Dah Buat Semua Benda, Ni Filem Terakhir” – Hairul Azreen Umum Berhenti Berlakon

Terbaru, sewaktu pelakon, Hairul Azreen menjadi tetamu undangan di Era FM bagi promosi filem terbarunya Malbatt Misi Bakara, dia telah membuat satu pengumuman mengejut.

Melalui video yang dimuat naik oleh pihak Era FM di Instagram, Hairul Azreen memberitahu bahawa filem terbabit merupakan lakonan terakhirnya sebelum bersara dari industri lakonan.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Katanya, semua perkara sudah dilakukan sewaktu berada dalam industri lakonan dan bersyukur terlalu banyak rezeki yang diterima.

Pengumuman tersebut sememangnya membuatkan penyampai-penyampai radio Era FM berasa terkejut dan merasakan pelakon itu sekadar bergurau, namun ia bukanlah lakonan.

Sekadar info, memula karier lakonannya pada tahun 2008 iaitu drama Rona Roni Makaroni dan dia mendapat perhatian yang hebat apabila berlakon dalam filem PASKAL pada tahun 2018.

netizen muak Hariul Azreen berlakon filem Adrian Teh
2022-09-13 11:14:39

"Pelakon Lain Please!" - Netizen Muak Tengok Hairul Azreen Asyik Berlakon Cerita Askar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram