‘Saya Dah Biasa Orang Benci Saya’ – Dikritik Kahwin Dengan Doktor, Ini Respon Alicia Amin

Hiburan

‘Saya Dah Biasa Orang Benci Saya’ – Dikritik Kahwin Dengan Doktor, Ini Respon Alicia Amin

Model dan pelakon, Alicia Amin, Ahad lalu telah selamat bergelar isteri kepada pilihan hati yang dikenali sebagai Farzan Iqbal. Di Instagram, Alicia ada memuat naik foto kemeriahan majlis perkahwinan yang berlangsung secara sederhana.

alicia amin bernikah
3 years ago

(TAHNIAH) Model Alicia Amin Sudah Selamat Bernikah

Advertisement

Namun, lain pula jadinya apabila ada netizen menggelarnya sebagai seorang pelacur yang berkahwin dengan doktor. Memetik laporan Astro Gempak, model tinggi lampai ini walau bagaimanapun tidak berkecil hati dan meninggalkan pesanan ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

Saya sebenarnya berkongsi komen tu sebab kelakar la tengok orang bitter.

Kalau betul pun seorang “pelacur” atau pekerja seks itu nak berkahwin dengan doktor, ada jodoh biarlah. Tapi apa yang lebih serius di sini, jangan gunakan istilah yang misoginistik atau bersikap prejudis untuk cuba menjatuhkan orang lain.

Kalau tak suka tengok, keep walking.

Tambahnya, suami turut sama tertawa apabila membaca komen yang ditinggalkan individu tersebut di foto persandingan mereka.

Kitorang gelak je. Dia lebih kurang macam saya, jenis tak kisah.

Seperti yang awak tahu, saya dah terbiasa dengan orang membenci saya. Saya faham semua manusia ada perbezaan pendapat masing-masing.

Alicia turut mengingatkan individu tersebut supaya jangan sesekali meninggalkan komen tidak berasas kepada wanita apatah lagi menggunakan istilah yang misoginistik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...