“Saya Dah Beri Notis Untuk Dia Pindah Rumah Secepat Mungkin” – Diana Danielle

Hiburan

“Saya Dah Beri Notis Untuk Dia Pindah Rumah Secepat Mungkin” – Diana Danielle

Pelakon, Diana Danielle telah membuat satu hantaran di akaun Instagramnya meminta supaya Farid Kamil segera pindah daripada rumahnya.

Menerusi hantaran tersebut, Diana telah memaklumkan bahawa notis itu sudah diberikan kepada suaminya menerusi aplikasi Whatsapp kerana proses penceraian akan berlaku.

Advertisement

Saya sudah beri notis dalam Whatsapp untuk dia pindah rumah secepat mungkin kerana ada lalui proses penceraian.

Saya tak akan benarkan hal yang tak pernah berlaku dikatakan berlaku, dan saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya.

diana danielle

Terdahulu Diana Danielle mengesahkan bahawa dia menuntut cerai daripada Farid Kamil kerana menurutnya, suaminya itu cakap tak serupa bikin.

Secara rasminya telah memutuskan untuk berpisah dengan suami saya dan saya akan memfailkan tuntutan cerai (daripada Farid Kamil).

Saya tak akan jelaskan kenapa. Mungkin dia jelaskannya seperti biasa. Dengan bawa bunga dan cincin dan janji janji kosong.

Sekadar info tambahan, Diana Danielle dan Farid Kamil mendirikan rumah tangga mereka pada November 2012 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Pasangan itu pernah bercerai talak satu pada Ogos tahun lalu dan kemudian memutuskan untuk rujuk kembali.

farid kamil
1 month ago

“Tsunami Pun Dua Kali Berlaku, Inikan Ombak Cinta Dalam Perkahwinan” - Farid Kamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...