“Saya Dah Bayar RM12K” – Hantar Baiki Di Bengkel Bertukar Tragedi, Kereta Hanya Tinggal Rangka

Berita

“Saya Dah Bayar RM12K” – Hantar Baiki Di Bengkel Bertukar Tragedi, Kereta Hanya Tinggal Rangka

Baru-baru ini tular sebuah video di platform media sosial, TikTok mengenai seorang wanita ditipu hidup-hidup apabila menghantar keretanya di sebuah bengkel di Johor Bharu untuk membaikinya.

2 years ago

[VIDEO] Dari KL ke Taiping, Bapa Sanggup Bawa Anak Untuk "First Date". Sempoi!

Advertisement

Hal tersebut dikongsikan sendiri oleh mangsa di akaun rasmi TikToknya @ain_jeman dan menurut wanita tersebut, dia telah pun membayar harga untuk membaiki keretanya itu sebanyak RM12 ribu.

Wanita ditipu, kereta tinggal rangka di bengkel

Tambahnya lagi, pelaku difahamkan jarang memberitahu perkembangan terkini mengenai hal kereta tersebut dan selalunya Ain (mangsa) yang akan mesej pelaku itu melalui aplikasi WhatsApp dahulu untuk bertanyakan perkembangan baharu mengenai keretanya.

Apabila wanita itu bertanyakan keadaan keretanya itu seperti apa, pelbagai alasan yang diberikan oleh si pelaku dan memberitahu wanita itu bahawa dia tidak suka jika wanita itu meminta gambar ataupun video kerana seolah-olah seperti wanita itu tidak mempercayai dirinya.

Wanita ditipu, kereta tinggal rangka di bengkel

Oleh kerana itu Ain berasa sangsi serta nekad untuk lihat sendiri keadaan keretanya di bengkel, namun apakan daya, apa yang dilihat olehnya berbeza dengan apa yang dibayangkan. Keadaan keretanya yang hanya tinggal rangka itu ditutup dengan sebuah kanvas biru sahaja.

Semoga Ain tabah hadapi ujian ini.

Anda boleh tonton video penuh dibawah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...