Seorang lelaki yang didakwa telah mengabaikan anak lelakinya dengan membiarkan dia tidur di sebuah rumah flat di Pasir Gudang tampil mempertahankan diri.
Maklum lelaki itu, Roslan Abad, 56, yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh mendakwa anaknya itu tidak mendengar cakap dan enggan masuk ke rumah meskipun sudah diberikan kunci.
Saya ada bekalkan kunci, tetapi dia tak mahu masuk. Tak mengapalah, saya faham, saya mengaku salah sajalah.
Dia suka macam tu, tidak boleh dipukul, saya cakap tak mahu dengar. Setiap malam saya tidur lewat, tetapi saya selalu intai ke luar, dia tiada pun di depan rumah.
Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan walau bagaimanapun menolak pengaku bersalah Roslan dan memberikan peluang kepada tertuduh (Abas) untuk dibicarakan.
Bagi pertuduhan itu, Roslan didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan berdepan dengan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 serta syarat tambahan tidak boleh menganggu saksi.
Sebelum ini, tular mengenai beberapa foto memaparkan seorang remaja dilihat sedang tidur di koridor sebuah flat di Johor.
Foto itu kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi negatif serta dikaitkan dengan pengabaian kanak-kanak oleh netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.