“Saya Dah Ajar Dia Masa Umur 4 Tahun” – Mawar Karim Bidas Teguran Netizen Anak Suka Menari & Menyanyi, Lebih Baik Ajar Solat

Kehidupan

“Saya Dah Ajar Dia Masa Umur 4 Tahun” – Mawar Karim Bidas Teguran Netizen Anak Suka Menari & Menyanyi, Lebih Baik Ajar Solat

Usahawan tudung, Mawar Karim tampil membidas kritikan netizen yang menyuruhnya untuk mengajar anak solat berbanding menari dan menyanyi.

Mawar Karim ditegur tak ajar anak solat

Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu berkata, dia sudah mengajar anak perempuannya, Wan Maryam dengan ilmu menunaikan solat sejak umur 4 tahun.

Advertisement

Mawar bidas kritikan netizen, dah ajar anak solat sejak umur 4 tahun

Mawar dilihat membalas komen seorang individu yang menyuruh dirinya mengajar anak solat di TikTok.

Alhamdulillah saya mengajar Maryam solat masa dia umur empat tahun.

Lepas tu Mummy beli banyak telekung untuk Maryam. Maryam belajar dekat sekolah atau dekat rumah Mummy yang ajar Maryam solat.

Ujarnya lagi, dia ingin Maryam merasa zaman kanak-kanak yang indah dengan melayan minat anaknya itu.

@mawar_karim

Replying to @azlina alhamdulillah sebagai parents perkara basic kita tak lupa

? original sound – Mawarku – Mawarku

Maryam memang budak-budak yang suka menyanyi dan menari. Bagi saya dia nak enjoy kehidupan dia saya bagi saja. Walaupun saya tak ajar pun Maryam menyanyi dan menari tapi Maryam yang nak. Dia naturally.

Bagi saya, saya biarkan dia enjoy life dari kecil nanti dah besar-besar saya tak bagi dah dia menari-nari, betul tak Maryam?

Sekadar info, Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada Julai November 2013 sebelum bercerai pada Julai 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia 6 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nora Danish jawab dakwaan
6 months ago

"Biar Saya Tanggung Semua Kesalahan Asalkan Semua Pihak Bahagia" - Nora Danish

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...