Pelawak, Jep meminta peminat untuk berhenti mempersoalkan mengapa kumpulan Sepahtu tidak kembali bersatu semula.
Bukan itu sahaja, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin berharap peminat tidak menaruh harapan untuk kumpulan itu menjadi seperti daahulu.
Jelas pelawak berusia 37 tahun itu, setiap ahli kumpulan sudah membawa haluan masing-masing sekaligus menjadikan faktor mereka tidak lagi bersama.
Susah, masing-masing dah ada commitment, rezeki, keiinginan masing-masing.
Bagaimanapun, Jep memaklumkan dia masih mahu mengekalkan kumpulan Sepahtu kerana menganggap bidang itu sahajalah yang menjadi punca rezeki untuk dirinya bagi menanggung keluarga.
Kalau sorang tak nak buat, takkan la saya nak berhenti. Ni lah tempat saya cari makan. Jadi, saya kena terus berjalan, saya ada benda nak kena tanggung. Ada wife, ada anak-anak.
Bukan itu sahaja, suami kepada aktres jelita Sari Yanti itu juga berkata dia sudah puas memujuk ahli kumpulan lain untuk meneruskan Sepahtu, namun terpaksa akur dengan keputusan mereka.
Nak kata pujuk dah pujuk, nak kata ajak, dah ajak. Tapi kita kena hormat keputusan orang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.