“Saya Dah 5 Kali Buat IVF Sebelum Aafiyah” – Siti Nurhaliza

Hiburan

“Saya Dah 5 Kali Buat IVF Sebelum Aafiyah” – Siti Nurhaliza

10 tahun menanti cahaya mata adalah satu penantian yang cukup lama buat penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai cara telah dilakukan oleh beliau untuk hamil. Baru-baru ini menerusi ‘teaser’ satu slot program terbaru saluran TV Al-Hijrah, Datuk Siti telah mendedahkan ikhtiar-ikhtiar yang dilakukan olehnya sebelum mendapat Aafiyah. Perkongsian tersebut telah menjadi viral di laman sosial.

siti nurhaliza

Advertisement

Selain daripada pergi berurut, menjalani rawatan tradisional dan pelbagai jenis rawatan moden, Siti turut memaklumkan yang dia sudah melakukan rawatan IVF sebanyak 5 kali sepanjang tempoh 10 tahun tersebut. Kata Siti Nurhaliza:-

10 tahun itu adalah satu tempoh yang lama tapi saya dah kuat kerana saya dah positif dan fikirkan yang baik saja kepada Allah sebab saya dah cuba macam-macam rawatan. Pergi berurut, buat rawatan tradisional dan juga rawatan moden. Saya dah buat IVF lima kali tapi tak cerita pada orang kerana tak nak nanti orang kata itu pun nak cerita. Ada sesetengah cakap dan tulis, ada duit banyak pun tapi tak nak berusah, padahal saya dah usaha cuma saya tak beritahu sahaja

Perkongsian ikhlas daripada Datuk Siti Nurhaliza ini ternyata telah menyentuh hati mereka yang menontonnya. Dilihat ramai yang bergenang air mata kerana berkongsi penderitaan beliau. Apa pun, kehadiran Aafiyah pastinya umpama sebutir permata yang menghiasi hidup beliau sekeluarga kini.

aafiyah

Buat mereka yang sudah berkahwin namun belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata, semoga perkongsian Datuk Siti Nurhaliza ini akan memberikan semangat untuk anda terus mencuba. Insya Allah satu hari nanti akan ada hikmah di sebalik penantian anda. Sama-sama banyakkan berdoa dan memohon kepadaNya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...