Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Cuma Memberitahu Perkara Yang Betul Dan Bukannya Berbohong – Balu Harun Salim Bachik

Sebelum ini,  balu Allahyarham Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor memberitahu kepada media mengenai kesempitan hidup beliau dan mendakwa Achey menipu serta tidak pernah membantu mahupun menjenguk beliau anak-beranak seperti yang di viralkan sebelum ini.

Bertindak untuk membuat kenyataan secara terbuka kepada pelawak tersebut, ramai yang mengecam  Surianti dan ada juga yang berpendapat bahawa beliau sengaja meraih simpati dengan memburukkan nama Achey.

Advertisement

Walaubagaimanapun menurut Surianti, beliau hanya menyatakan perkara yang sebenar dan langsung tidak mempunyai niat untuk mencalarkan imej Achey di mata masyarakat.

Macam-macam tuduhan orang lemparkan kepada saya apabila saya memberikan kenyataan tentang Achey baru-baru ini sehingga ada yang kata saya cuba meraih simpati dan wang.

Sejak arwah meninggal dunia saya tidak pernah meminta simpati atau bantuan kewangan daripada sesiapa pun dan menggunakan kudrat yang ada dengan menjalankan perniagaan online  untuk menyara keluarga saya.

Saya cuma memberitahu perkara yang betul dan bukannya berbohong tetapi nampaknya kenyataan saya itu telah dipandang negatif oleh sesetengah pihak.

Selepas Surianti mengeluarkan kenyataan beliau, Achey turut membalasnya dan menjelaskan semua yang berlaku adalah satu salah faham sahaja. Berbicara mengenai pemberian “share” beliau kepada Surianti dan anak-anak, Achey enggan membicarakan hal tersebut dengan lebih lanjut kerana beliau tidak ada sebarang urusan perniagaan besama Surianti.

Mendengar penjelasan Achey itu, Surianti mengakui beliau merasa terkilan dengan sikap anak didik arwah suaminya itu yang seakan tidak mengenali dirinya sedangkan mereka sebelum ini mempunyai hubungan yang agak baik.

Buat Surianti, apa yang beliau lakukan sekarang ini hanya untuk mempertahankan hak beliau dan anak-anak. Hanya perkara yang benar sahaja yang beliau ingin perjuangkan kerana tahu arwah Harun Salim Bachik ada membuat pelaburan dalam beberapa perniagaan bersama Achey.

Seperti kenyataan dia sebelum ini dia sudah serah semua share perniagan yang dikongsi kepada keluarga, saya tidak tahu menahu mengenai perkara itu malah dikeluarkan daripada grup perniagaan berkenaan.

Sepatutnya sebarang keputusan dimaklum kepada saya kerana saya balu arwah dan saya bersuara pun bukan kerana kepentingan diri sendiri tetapi untuk menegakkan hak anak-anak kami.

Advertisement

Surianti dan Allahyarham Harun Salim Bachik bernikah pada tahun 2000. Hasil perkahwinan meereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Hakeem Sufy Al-Rashid dan Siti Hazeera Sofea

Harun juga memilki empat orang anak bersama isteri pertamanya, Martinah Ahmad namun  perkahwinan mereka tidak bertahan lama.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top