“Saya Cuma Mahu Mengaku Salah Dan Jujur..” – Pelakon Wanita Dedah Hamil Anak Luar Nikah, Bulan Depan ‘Due Date’

Hiburan

“Saya Cuma Mahu Mengaku Salah Dan Jujur..” – Pelakon Wanita Dedah Hamil Anak Luar Nikah, Bulan Depan ‘Due Date’

Pelakon dan model terkenal Indonesia, Erika Carlina mengejutkan ramai apabila secara terbuka mengakui dirinya kini hamil anak luar nikah.

Wanita berusia 31 tahun itu turut memaklumkan bahawa kandungannya kini telah memasuki sembilan bulan dan dijangka melahirkan anak pada bulan hadapan.

Advertisement

Pengakuan itu dibuat semasa Erika, yang dikenali menerusi filem Pengantin Setan, hadir sebagai tetamu dalam Podcast Deddy Corbuzier, menurut laporan Viva.co.id.

Erika yang juga membintangi drama Sosok Ketiga pada awalnya hanya memberi respon terhadap ucapan tahniah daripada Deddy.

“Erika tahniah ya, ini sudah ada yang tahu?” soal Deddy.

Pelakon Pabrik Gula itu menjelaskan bahawa hanya keluarga serta rakan terdekat yang tahu mengenai kehamilan tersebut sebelum ini. Namun, dia nekad berkongsi berita itu kepada umum sebagai satu bentuk tanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan.

“Ini kesalahan saya. Saya hanya mahu jujur. Saya juga tidak mahu fikir sama ada diterima atau tidak oleh netizen.

“Saya cuma mahu mengakui kesalahan dan jujur saja,” katanya.

Walaupun berpeluang untuk menyembunyikan kandungannya atau menggugurkan bayi tersebut, Erika berkata dia menolak pilihan itu kerana menganggap perbuatannya sudah merupakan satu dosa besar.

“Saya sedar saya banyak dosa. Dan saya rasa ini kesalahan yang paling besar.

“Saya tidak mahu lepas daripada tanggungjawab. Ibu dan bapa juga meminta saya bertanggungjawab terhadap setiap tindakan yang telah dilakukan,” katanya lagi.

Namun begitu, Erika memilih untuk tidak mendedahkan identiti lelaki yang menghamilkannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

isteri chiwan tak maafkan netizen
2025-07-18 12:21:03

"Aku Tak Maafkan Korang Yang Kecam Laki Aku" - Isteri Pelawak Chiwan Chilok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...