“Saya Cuma Buncit Sikit..” – Nampak ‘Baby Bump’ Selepas Dua Bulan Bernikah, Syasya Rizal Akui Belum Ada Simptom Hamil

Hiburan

“Saya Cuma Buncit Sikit..” – Nampak ‘Baby Bump’ Selepas Dua Bulan Bernikah, Syasya Rizal Akui Belum Ada Simptom Hamil

Baru-baru ini penyanyi dan bekas ahli kepada kumpulan Dolla, Syasya Rizal menjadi perhatian netizen semenjak resepsinya pada Sabtu lalu. Susulan majlis tersebut, muncul pula spekulasi penyanyi itu sedang hamil.

Nafi sedang berbadan dua

Bagaimanapun, Syasya tampil menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan dirinya sedang berbadan dua, malah dia berkata dirinya tidak menunjukkan sebarang simptom sedang hamil.

Advertisement

Sebenarnya saya tidak buat sebarang pemeriksaan tetapi saya rasa buat masa ini saya belum hamil lagi.

 

Setakat ini macam biasa sahaja, saya rasa normal sahaja itu sebab saya tidak buat pemeriksaan. Kalau ada insyaAllah saya akan kongsikan kepada semua tapi buat masa ini apa saya boleh katakan tiada lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ✨ SYASYA RIZAL ✨ (@syasya.rzl)

Bukan baby bump

Di samping itu, Syasya turut berkata salah satu faktor yang menyebabkan timbulnya dakwaan tersebut mungkin disebabkan baju pengantinnya yang sedikit ketat menyebabkan dirinya terlihat seperti ada baby bump.

Mungkin juga sebab baju pengantin yang saya pakai ini agak ketat sikit, jadi nampaklah seperti ada (baby bump) tetapi sebenarnya tak ada pun.

 

Saya juga terbaca komen netizen yang kata saya hamil tu. Saya cuma buncit sikit sahaja. Saya rasa lepas kahwin kalau gemuk perkara biasa, bahagia makan banyak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ✨ SYASYA RIZAL ✨ (@syasya.rzl)

Untuk info, pada 20 April lalu, Syasya telah melangsungkan pernikahan dengan suaminya, Nasrullah selepas mengumumkan pengunduran dari Dolla.

syasya rizal fokus pengajian
7 months ago

"Kalau Rezeki Saya Sebagai Penyanyi Setakat Itu Sahaja Tak Apa.." - Syasya Ingin Fokus Pengajian, Suami Tak Halang Jika Ingin Bekerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...