“Saya Cuma Berharap Kemelut Mereka Diselesaikan Dengan Cara Baik” – Mamak Puteh Akui Tak Campur Urusan Keluarga Ali

Hiburan

“Saya Cuma Berharap Kemelut Mereka Diselesaikan Dengan Cara Baik” – Mamak Puteh Akui Tak Campur Urusan Keluarga Ali

Menyatakan dirinya enggan mengulas panjang mengenai kemelut yang berlaku di antara sahabatnya Ali dengan kakak ipar Siti Norhidayah, pelawak terkenal Mamak Puteh menegaskan  kedua-dua pihak sudah cukup matang untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri tanpa campur tangan orang luar.

“Saya Cuma Berharap Kemelut Mereka Diselesaikan Dengan Cara Baik” - Mamak Puteh Akui Tak Campur Urusan Keluarga Ali

Advertisement

Tambahan pula, Mamak turut memaklumkan supaya segala masalah yang timbul di antara mereka dapat diselesaikan secara baik.

“Saya juga berharap agar orang di luar sana juga tidak mencampuri urusan Ali dan Hidayah. Saya sedih baca komen-komen yang menghentam mereka itu dan ini. Sudah-sudahlah, berikan kedua-dua mereka ruang untuk selesaikan masalah mereka.”

“Saya Cuma Berharap Kemelut Mereka Diselesaikan Dengan Cara Baik” - Mamak Puteh Akui Tak Campur Urusan Keluarga Ali

Dedah Mamak, beliau juga tidak ketinggalan berharap supaya orang ramai dapat mendoakan arwah Abam agar arwah sentiasa tenang dan kemelut yang dibelenggu ahli keluarga mereka berakhir.

“Orang luar doakanlah arwah sentiasa tenang di alam barzakh dan kemelut keluarganya berakhir dengan baik.”

Terdahulu, urusan tuntutan faraid Hidayah yang difailkan pada 15 Julai lalu difahamkan sudah diselesaikan semalam.

“Saya Cuma Berharap Kemelut Mereka Diselesaikan Dengan Cara Baik” - Mamak Puteh Akui Tak Campur Urusan Keluarga Ali

Hidayah khabaranya telah berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan Allahyarham.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...